Wednesday, May 17, 2017

Tahniah SPRM! 2 ASP 1 Inspektor Diberkas. Terlerai Pusat Maksiat, Judi, Rumah Urut ..

Hasil carian imej untuk Pelacuran rumah urut haram
– Gambar hiasan
PUSAT-pusat maksiat, judi haram, rumah urut jadi sarang pelacuran haram turut menjadi sasaran segelintir anggota polis mengutip wang perlindungan. Bagaimana pula dengan aktiviti maksiat yang tidak dikategori 'haram' oleh kerajaan M'sia?
MELAKA – Lima individu termasuk tiga pegawai polis diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah dalam operasi serentak di negeri ini semalam.
Mereka yang ditahan terdiri daripada dua pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP), seorang berpangkat inspektor dan dua orang awam. Kesemua yang ditangkap berusia 31 hingga 41 tahun.
Tiga pegawai polis yang ditangkap itu masing-masing bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan IPD Jasin.
Siasatan awal mendapati kelima-lima yang ditahan dipercayai me­nerima wang daripada pe­ngusaha-pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi di sekitar Melaka bagi melindungi kegiatan haram tersebut.
Satu sumber berkata, salah seorang individu yang ditahan bertindak sebagai orang tengah kepada tiga pegawai polis terbabit untuk mengutip wang perlindu­ngan daripada pengusaha premis manakala seorang lagi merupakan pengusaha pusat judi haram yang dipantau oleh SPRM.
“Tangkapan ke atas kesemua lelaki tersebut pada pukul 11 pagi selepas SPRM menjalankan pemantauan dan risikan sejak beberapa bulan lalu.
“Setakat ini, kita masih menyiasat lanjut kaitan (hubu­ngan) dua orang awam yang ditahan dan tiga pegawai polis tersebut serta dakwaan penukaran serta-merta sekiranya terdapat pegawai polis yang enggan bersekongkol dalam kegiatan haram tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Tahniah SPRM! (IH)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails