Thursday, May 18, 2017

Berbogel Di Padang, 5 Jurulatih Dipenjara 1 Bulan.














Sebahagian daripada peserta kem motivasi yang berbogel dalam program kem motivasi di Selesa Hill Homes Resort, Bukit Tinggi dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong semalam.
BENTONG – Seramai 23 lelaki, sebahagian besar mereka pelajar kolej swasta hari ini mengaku bersalah berbogel ketika menyertai kem motivasi di padang permainan sebuah resort di Bentong.
Majistret Khairuddin Anhar Mahmud mengenakan denda RM1,500 setiap seorang itu selepas semua individu terbabit dibacakan tuduhan berkelakuan lucah di lokasi berkenaan pada jam 5.30 petang pada 21 Januari lalu.
Menurut Berita Harian Online, semua tertuduh yang berusia di antara 19 dan 23 tahun menjawab 'ya' apabila ditanya jurubahasa mahkamah sama ada memahami pertuduhan dan menjawab 'mengaku' apabila ditanya sama ada mengaku salah atau sebaliknya.
Mereka didakwa mendatangkan kegusaran kepada Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Selesa Hillhomes, Rozzana Chung Abdullah dengan berkelakuan lucah di tempat awam iaitu berbogel di padang permainan Selesa Hillhomes pada jam 5.30 petang 21 Januari lalu.

Tuduhan adalah mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 
Sementara itu lima lagi peserta kem motivasi didenda RM1,500 seorang selepas mengaku salah bersubahat melakukan perbuatan itu di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 294(a) dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
Lima fasilitator termasuk jurulatih kem motivasi didenda RM3,000 seorang dan dipenjara sebulan bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 22 Januari lalu selepas mengaku salah atas tuduhan sama.

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails