Wednesday, May 17, 2017

DAP Dakyah Kristian, Dr. Kamarul Zaman Lapor Polis.

Hasil carian imej untuk DR. KAMARUL ZAMAN YUSOFF DR. KAMARUL ZAMAN YUSOFF

CHANGLOON – Dr. Kamarul Zaman Yusoff membuat laporan polis terhadap Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh berkaitan buku kontroversi yang ditulisnya sendiri.

Portal tempatan AgendaDaily melaporkan bahawa laporan itu dibuat susulan kandungan buku tersebut yang dikatakan secara jelas berusaha ‘memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang yang bukan beragama Kristian’.
Kamarul Zaman mendedahkan buku tulisan Hannah yang bertajuk ‘Becoming Hannah’ itu juga menjadi bukti nyata pengakuan terbuka pemimpin DAP berkenaan memang terlibat dalam politik dengan bantuan pihak Kristian.
Menurut Kamarul Zaman, buku itu dibeli beliau kerana merasakan kandungannya akan lebih menjerumus dan menyentuh pembabitan penulisnya sendiri dalam bidang politik yang kebetulan merupakan bidang kajian beliau.
Namun beliau yang merupakan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, berasa hampa apabila kandungan buku tersebut lebih kepada kisah dan petikan daripada kitab Bible.
“Saya membeli buku ini kerana ia berada di rak terbuka sebuah gedung buku. Saya tahu penulisnya ialah ahli politik yang menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya dan jawatan Speaker DUN Selangor.
“Pada hemat saya, disebabkan penulisnya seorang ahli politik, tentulah kandungan buku ini akan banyak menyentuh pembabitan penulisnya dalam bidang politik, iaitu secara kebetulan memang bidang kajian saya selama ini.
“Bagaimanapun, saya berasa terkejut apabila mendapati buku ini mengandungi terlalu banyak kisah dan petikan daripada Bible, kitab yang menjadi pegangan penganut agama Kristian dan dirujuk sebagai Injil bagi umat Islam.
“Saya berpendapat buku ini merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk Muslim, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian.
“Malah ia mengakibatkan pembacanya supaya cenderung kepada agama Kristian,” kata Kamarul Zaman dalam kenyataan pada Rabu. Tambahnya lagi, dalam buku tersebut, Hannah turut menceritakan ‘Tuhan Hannah Yeoh’.
Ia jelas merujuk tuhan tersebut sering menurunkan keajaiban dengan memberi bantuan kepada DAP di dalam bentuk yang tidak disangka-sangka ketika beliau memerlukan termasuklah tatkala kempen pilihan raya umum.
“Apa ditonjolkan di dalam buku ini ialah penganut Kristian adalah insan beruntung dan Tuhan agama Kristian adalah Tuhan yang kasih, baik dan adil. Diceritakan juga betapa Hannah sering menerima prophecy.
“Ia pengetahuan masa depan tepat dari Tuhan beliau, termasuk bahawa suatu hari nanti beliau akan bekerja bersama negarawan dan pemerintah (“I would someday work among statesmen and rulers”, muka surat 109).
“Diceritakan juga betapa Tuhan dianuti oleh Hannah itu sering mendatangkan keajaiban dengan memberi bantuan di dalam bentuk yang tidak disangka-sangka tatkala beliau sangat memerlukan pertolongan.
“Ini antara lain terjadi di dalam kempen pilihan raya (muka surat 50-51), di dalam memenuhi hasrat hati beliau (“the desires of my heart”) dan di dalam memenuhi hasrat material beliau (“the material desires I had”).
“Malah ia termasuklah dari segi kewangan (muka surat 108-109),” kata Kamarul Zaman lagi. Pembaca yang membaca buku tulisan Hannah itu akan mendorong untuk merasakan betapa hebatnya Tuhan si Hannah tersebut.
“Kesemua cerita ini boleh dorong pembacanya, termasuk saya, merasa kagum dengan kehebatan Tuhan Hannah. Sedangkan pada masa lain beliau selit pula catatan mengenai ajaran Kristian yang bertentangan dengan Islam.
“Ini termasuklah bahawa konon manusia adalah anak Tuhan (“His beloved Child” dan “Child of God”, muka surat 22 dan 89) dan Isa/Jesus adalah anak Tuhan dan Tuhan (“the Son of God” dan “God”, muka surat 102) sendiri.
“Hannah memang bermaksud supaya buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian. Ini tergambar di dalam tulisan beliau berbunyi:  “Jika kamu bukan seorang Kristian dan sedang membaca buku ini (muka surat 14).
“Ini selari dengan pendedahan mengenai misi beliau sebagai duta Tuhan dan untuk cari pengikut (muka surat 7). Hakikat bahawa Hannah memang memaksudkan buku beliau turut dibaca orang bukan Kristian juga terbukti.
“Ini kerana buku ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, termasuklah yang beragama Islam. Ini diakui sendiri oleh Hannah di dalam kenyataan media beliau pada 15 Mei 2017 bahawa buku ini boleh dibeli secara atas talian.
“Bakal pembeli boleh membuat tempahan menerusi laman sesawangwww.gerakbudaya.com atau mana-mana gedung buku utama di seluruh negara seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan Times,” kata Kamarul Zaman.
Susulan isi kandungan buku ituyang lebih kepada hasut dan boleh mendatangkan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini, maka laporan polis telah dibuat agar tindakan sewajarnya boleh dikenakan terhadap beliau.

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
“Hannah mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988).
“Ia menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau hasut seorang yang beragama Islam supaya jadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau cenderung kepada agama itu”.
“Selain itu, Hannah juga mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan.
“Juga perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama.
Ini kerana ujar Kamarul Zaman, terdapat bukti bahawa tulisan dalam buku Hannah tersebut boleh mendatangkan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini termasuk membawa kepada gejala murtad atau keluar Islam.
Apatah lagi apabila Hannah sendiri mendedahkan betapa beliau menggunakan jawatan politik (“my political office”) untuk berdakyah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang muda (muka surat 108).
“Begitu juga seruan Hannah agar penganut Kristian bangkit konon untuk membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia (muka surat 110).
Ia ditambah tindakan beliau mengaitkan diri dengan cita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam (“aims to bring Christian faith and service to the public sphere”),” katanya.
Di dalam satu wawancara dimuat naik laman web Islamic Renaissance Front pada 7 September 2012, seorang pengkaji Evangelical Christianity di Malaysia, Dr. Chris Chong, bersetuju bahawa DAP mempunyai pengikut besar.
Ia teruutama dalam kalangan Kristian evangelical, dan Hannah disebutkan sebagai satu contoh baik mengenainya, di mana kawasan pilihan raya beliau didakwa mempunyai bilangan gereja per kapita paling banyak di Malaysia.
“Saya sendiri pernah mendengar luahan kawan-kawan beragama Islam yang sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Hannah ini kerana ia dikatakan bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
“Ia menyentuh bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan selain bertentangan dengan Perkara XLVIII(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Negeri,” katanya.
Sebelum ini, Kamarul Zaman menyatakan tidak gentar dengan laporan polis yang dibuat Hannah terhadap dirinya berhubung penulisan artikel yang bertajuk “Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP”.
Malah beliau bersedia bertanggungjawab terhadap penulisan tersebut: “Saya mengesahkan bahawa tulisan itu adalah tulisan saya dan saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisan saya itu.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada polis, atau di mana saja, termasuk di mahkamah, sekiranya diperlukan.
“Saya akan mengemukakan bukti berkaitan dan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan mengenai agenda Kristianisasi beliau di dalam bidang politik,” katanya. – Agensi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails