Monday, April 14, 2014

Hudud: PBB Ceroboh Hak Orang Islam. Biadap!

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddinWaddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri ‘Pameran dan Persidangan, Perkhidmatan-Perkhidmatan Pertahanan Asia Ke-14’.
Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei Darus-salam.

SINAR Harian hari melaporkam, pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara itu, lapor AFP. 

Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile berkata, pihaknya prihatin dengan keputusan Brunei dalam pelaksanaan hukum hudud yang memperuntukkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan.  Beliau memberitahu pemberita, kesalahan-kesalahan ini termasuk rogol, zina, liwat, hubungan seks luar nikah untuk orang Islam termasuk jenayah lain seperti rompakan dan pembunuhan. 

Beliau turut menyentuh kesalahan lain seperti menghina Nabi Muhammad SAW, al-Quran dan hadis boleh dijatuhi hukuman mati.

“Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

 Tekannya, melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia.

Sejak 1957, Brunei tidak melaksanakan hukuman mati. Oktober tahun lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina. Akta baru undang-undang syariah itu dikatakan telah dikaji selama bertahun-tahun.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Begitu biadapnya PBB, tidak menghormati hak kebebasan agama orang Islam. Mengceroboh dan menghina agama Islam. Memeng dasar PBB kurang ajar!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails