Monday, April 14, 2014

MP PAS, Umno Saja Tak Cukup Laksana Hudud -JPM

 

PAS bakal berdepan kesukaran dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana dijangka ditentang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak mahu berganjak daripada keputusan mereka menolak pelaksanaan hukum itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata PAS perlu mendapatkan sokongan 40 anggota Parlimen bukan Islam termasuk DAP dan PKR agar persetujuan dua pertiga di Dewan Rakyat diperoleh bagi melaksanakan hukum itu di Kelantan.

Beliau berkata 30 anggota Parlimen PAS dan 79 Anggota Parlimen Umno ketika ini masih belum cukup kerana untuk mendapat majoriti dua pertiga memerlukan 148 undi.

"Perkara ini bukan soal kaum atau agama tetapi pelaksanaannya memerlukan persetujuan semua kaum.

“Kalau PAS masih mendapat bantahan DAP dan PKR, maka masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya selepas merasmikan bangunan baru, Hari Keusahawan dan Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Abu Bakar di Muar, petang semalam.

Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Keputusan itu merupakan susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan yang memberi laluan kepada mana-mana negeri bagi menguatkuasakan Hukum Hudud di negeri masing-masing.

Bagaimanapun, DAP menerusi Penasihatnya Lim Kit Siang, Ketua Publisitinya Tony Pua serta Naib Presiden PKR N. Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang.

Razali berkata PAS seharusnya bertegas dengan pendiriannya di samping mencari jalan untuk mendapat persetujuan sekutunya kerana sebelum ini mendakwa parti itu sudah dapat 'meyakinkan' DAP tentang ajaran Islam.

Razali yang juga anggota Parlimen Muar berkata sokongan daripada anggota Parlimen PKR yang beragama Islam tidak ramai untuk PAS memperoleh sokongan dua pertiga apatah lagi mereka berfikiran liberal, maka sokongan anggota Parlimen bukan Islam diperlukan.

Razali juga berkata, beliau yakin semua wakil rakyat Umno akan memberi sokongan dan PAS perlu bersedia sepenuhnya daripada semua aspek sebelum melaksanakan hukum hudud, kerana perkara itu turut melibatkan beberapa peraturan dan pindaan undang-undang.
- Bernama

2 comments:

bat8 said...

Tuan Haji,

Kenyataan timbalan menteri ini amat mengusarkan saya. Saya berdiam diri dan berdoa RUU Hudud ini akan terlaksana selama ini.

Kenyataan beginilah yang saya bimbangi apabila nampak beberapa pemimpin pertengahan UMNO nampak m3nyokong tindakan kerajaan Pas Kelantan membawa RUU Hudud ini. Juga melihat keghairahan pemimpin PAS Kelantan .3nyambut baik punya r3spond dari Mustapha Mohamed, Anuar Musa dan Alwi Che Ahmad.

Apa makna k3nyataan timbalan m3nt3ri ini? Paling koman ia adalah r3ntetan awal strat3gi untuk tidak menyokong RUU Hudud tajaan PAS Kelantan dan memasang jerat untuk tidak dipersalahkan apabila RUU Hudud ini gagal diluluskan nanti dan meletak seluruh kesalahan kepada PAS untuk pikul k3san kegagalan ters3but sorang-sorang. Masakan kita tak kenal perut p3dal UMNO Baru ni. Yang tak k3nal hanyalah p3mimpin-pemimpin PAS yang merasa mereka kelompok manusia paling bijak dan istimewa s3bab mereka faqeh ilmu ugama. Orang lain s3muanya tak bol3h pakai.

sebab itu dalam satu kom3j saya kepada posting Tuan Haji, saya men3kankan apa p3ndirian p3mimpin dan parti UMNO Baru dalam soal ini. Bukannya p3ndirian DAP

Asri said...

Disinilah kita dapat tengok keberanian dan kepandaian orang Kelantan. Pandai dalam usaha melaksanakan tuntutan Illahi. Berani dalam menyokong pelaksanaan. Tahniah orang Kelantan kerana kamu mempunyai pemimpin yang berkualiti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails