Tuesday, April 15, 2014

60 Pusat Hiburan Keluarga Diserbu, Baru Muar Saja?


60 pusat hiburan keluarga diserbu
Mesin yang dirampas dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut sementara menunggu laporan daripada pakar perjudian.

MUAR – Polis telah melakukan 60 serbuan di pusat hiburan keluarga sekitar daerah ini selepas disyaki menjalankan aktiviti berunsurkan perjudian setakat April ini. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, serbuan dalam Operasi Dadu itu adalah hasil maklumat dan pemantauan ke atas tiga pusat hiburan di daerah ini.

Menurutnya, terbaru dua pusat hiburan diserbu secara berasingan membabitkan rampasan 43 mesin permainan. Pihaknya juga menahan lima penjaga pusat berkenaan serta 53 pengunjung, kelmarin.

“Dalam serbuan pertama pada jam 4.45 petang itu, polis menahan tiga penjaga pusat hiburan bersama 32 pengunjung termasuk seorang warga Indonesia.
“Tiga lelaki terbabit berusia 20,41 dan 55 tahun serta semua pengunjung ditahan reman sehingga 17 April ini untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, semalam.

60 pusat hiburan keluarga diserbu
Azman bersama mesin permainan yang dirampas polis dalam serbuan yang dilakukan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang rekod jenayah, manakala warga asing berkenaan tidak mempunyai rekod perjalanan yang sah.

“Mereka disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a), Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Azman berkata, serbuan kedua pada hari yang sama dilakukan kira-kira jam 6.30 petang dengan menahan dua penjaga pusat hiburan berkenaan serta 21 pengunjung.

“Kita merampas sebanyak 18 mesin permainan dan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut serta laporan daripada pakar perjudian dari IPD Batu Pahat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Tegasnya, kesemua rumah judi di daerah ini mempunyai lesen dan pengusahanya mematuhi waktu operasi yang ditetapkan bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam.

“Namun kita menunggu laporan daripada pakar untuk mengetahui sama ada  dua pusat hiburan berkenaan menjalankan kegiatan perjudian ataupun tidak.
“Bagaimanapun pemantauan kerap akan diteruskan untuk memastikan tidak berlaku sebarang aktiviti yang melanggar peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini baru Muar sahaja. Lihat sekilas mengenai penyimpangan sosial ini.

Penyimpangan Sosial atau Judi.

JUDI atau 'Penyimpangan sosial' diertikan sebagai suatu kegiatan pertaruhan untuk memperoleh keuntungan dari hasil suatu pertandingan, permainan atau kejadian yang hasilnya tidak dapat diduga sebelumnya. 
Dari pengertian di atas setidaknya ada tiga unsur dalam judi, 
  • pertama adanya bentuk permainan atau perlombaan baik penjudi terlibat langsung di dalamnya atau hanya sekedar menyaksikan saja, 
  • kedua, unsur spekulatif atau untung-untungan berdasarkan pada tebakan atau permainan yang prediksi hasilnya belum pasti atau belum dapat ditentukan atau bisa juga kemenangannya berdasarkan pada keahliaan yang telah dilatih, dan 
  • unsur yang ketiga adalah taruhan dalam bentuk wang atau barang lainnya yang dipasang oleh orang-orang yang terlibat dalam perjudian. Termasuk mesin-mesin permainan yang bersembunyi di balik nama 'Pusat Hiburan Keluarga' seperti dalam berita di atas.
Bukan lagi rahasia terdapat lokalisasi perjudian atau judi terselubung, ';judi halal' di sudut undang tidak Islamik Malaysia, bahkan ditaja oleh kerajaan, atau 'judi haram' dari sudut undang-undang kerajaan. Perjudian di dalam Islam sangat dikecam keras, dan hukumnya haram, kerana kemudharatan besar yang ditimbulkan.

Alquran membahasnya setidaknya dalam tiga ayat yang pertama adalah dalam Surah al-Baqarah ayat 219 :
  • "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya".  dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir".
Gandingan larangan antara khamr dan judi tampaknya dapat difahami sebagai dua perbuatan yang membahayakan bagi akal fikiran manusia. Jika dengan meminum khamr dapat merosak akal fikiran berakibat melakukan perbuatan kejahatan lainnya, maka begitu juga dengan perjudian akan menghilangkan fikiran logik seseorang.. Hidup berdasarkan pada angan-angan dan peruntungan saja.

Judi mengakibatkan seseorang menjadi pemalas, lalai terhadap waktu dan dirasuki pemikiran kemudahan yang menipu. Bayangkan misalnya modal RM50 main mesin judi boleh dapat ribuan RM. Seperti juga TOTO, 4 nombor ekor dan lain-lain. Tapi kerajaan masih bangang kerana terus menajanya.

Angan-angan penagih judi pun membumbung tinggi, sehingga kehidupannya tidak lagi berpijak pada akal fikiran sehat dan logika yang benar. Sifat malas dan tidak mahu bekerja keras pun menjangkiti ikhtiarnya. Ini tentu saja akan semakin menambah kemiskinan, kebodohan dan kesusahan bagi penjudi dan kehidupannya akan tetap terus diselubungi fikiran kusut, picik dan penyesalan yang berkesinambungan.

Ada ayat Alquran yang meyelaraskan antara Judi dan minuman khamr dapat difahami secara mudah iaitu merusak akal fikiran seseorang. Mencampakkan diri seseorang ke lembah kehancuran kehidupannya, padahal Allah SWT menyatakan " Janganlah kamu mencampakkan dirimu kepada kehancuran" [Alquran].

Di dalam ayat lain Alquran menjelaskan :
  • "Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).[al-Maidah : 90-91].

Dalam ayat di atas judi dikategorikan perbuatan syaitan. Kerana syaitanlah yang hanya mahu melakukan perbuatan keji yang merugikan dan menghancurkan dirinya sendiri. Dalam ayat di atas juga dinyatakan dengan jelas perjudian akan dapat menyebabkan permusuhan, kebencian dan perkelahiaan. Judi adalah penyakit masyarakat dan penyimpangan sosial yang amat berbahaya yang perlu dihindari, terutamanya dari lingkungan keluarga kita masing-masing. Allahu 'aklam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails