Tuesday, April 15, 2014

Semporna: PDRM Sedang Berunding Bayar Wang Tebusan..




Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang berunding untuk membayar wang tebusan lebih rendah bagi membebaskan pelancong China yang diculik di Semporna, Sabah baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis kini sedang berunding dengan kumpulan penculik melalui orang tengah bagi mengurangkan jumlah wang tebusan itu. Demikiam Lapor myMetro sebentar tadi.

Sementara itu, berita semalam Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) menghantar sepasukan pegawai ke selatan Filipina bagi membantu pihak keselamatan negara itu membebaskan pelancong warga China yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Singamata Adventures and Reef Resort awal bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek (gambar) berkata pasukan itu mengadakan perbincangan dengan pihak risikan Filipina bagi mencari jalan terbaik membebaskan pelancong wanita berkenaan. Mengulas wang tebusan sebanyak RM36.4 juta bagi membebaskan warga China itu, beliau berkata setakat ini, tiada tuntutan rasmi daripada penculik.

"Kemungkinan ada pihak lain yang membuat tuntutan," katanya dalam sidang akhbar di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Pada 2 April lepas, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik sekumpulan tujuh lelaki pada kira-kira 10.30 malam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails