Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh Maut Kemalangan Di Tapah. Takziah Untuk Keluarganya.


TAPAH - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 305 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Turut terkorban ialah pembantu beliau, Michael Cornandez. Bagaimanapun, pemandu kenderaan, pembantu rumah serta anak beliau, Ramkarpal terselamat. - KOSMO!
Foto Ihsan PDRM: Kemalangan Karpal Sign.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Takziah untuk keluarganya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails