Wednesday, April 16, 2014

K/Pembangkang Dari BN Patut Dilantik Pengerusi PAC -Wan Azizah

 

Dewan Undangan Negeri Selangor pagi ini meluluskan usul melantik wakil rakyat Kajang yang baru, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Kerajaan (PAC).

Usul itu diajukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) bawah Peraturan Tetap 68 (2) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, pada tengah hari ini

Azizah dicadang untuk dilantik ke dalam jawatankuasa itu bagi menggantikan Lee Chin Cheh, wakil rakyat Kajang sebelum ini.

Wan Azizah yang sempat mencelah sewaktu usul itu dibahaskan menyampaikan pandangannya agar ketua pembangkang dari BN dilantik sebagai pengerusi PAC.

"Ketua pembangkang sepatutnya mempengerusikan PAC ini seperti biasa dilakukan dalam mana-mana dewan tetapi kita akan bersama melakukan tugas ini untuk memastikan duit rakyat dibelanjakan dengan baik," katanya.

Cadangan yang sama telah dibuat Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum yang ke-13 namun ia ditolak ketua pembangkang Selangor, Datuk Shamsuddin Lias (kiri).

Usul tersebut disokong oleh Saari Sungib (PKR-Hulu Kelang) dan dibahaskan selama kira-kira 14 minit oleh Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), Shuhaimie Shafiee (PKR-Seri Muda) dan Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang).

Ia kemudian diluluskan dewan. 


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Cadangan Wan Azizah yang sempat mencelah sewaktu usul itu dibahaskan agar ketua pembangkang dari BN dilantik sebagai pengerusi PAC, adalah wajar... Tapi, ya,  dah selesai.

2 comments:

Anonymous said...

apa tak ditolak ketua pembangkang
tak reti nak buat..lebih2 lg klu menguruskan AMANAH.
lain le klu sebaliknya tau tak per..

Anonymous said...

gila apa cadangan tu..knp nk seksa org umno smpai cm tu??xke dia duk asyik telan air liur je nnt.nk sebat duit xdpt..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails