Monday, April 21, 2014

Memali: Pengakuan Tun M Canggah Kertas Putih 1986




KUALA LUMPUR: Pengesahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau berada di dalam negara ini ketika tercetusnya peristiwa Memali, telah bercanggah dengan maklumat di dalam Kertas Putih yang dibentangkan di parlimen.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, percanggahan itu sekaligus mencabar kredibiliti kertas putih yang dibentang oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Musa Hitam pada 1986.

"Kenyataan Mahathir itu amat bercanggah dengan kandungan yang ada di dalam Kertas Putih, keterangan dan hasil siasatan yang ditulis di dalam kertas itu tidak betul, ia perlu ditarik segera.
"Mahathir sudah mengaku. (Suruhanjaya Diraja) RCI perlu ditubuhkan segera untuk siasatan untuk cari kebenaran sebenar," jelasnya kepada Harakahdaily.

Peristiwa berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985.

Ketika hari kejadian itu, Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dilaporkan berada di China, dan Tun Musa yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengambil tanggungjawab terhadap insiden itu. Maklumat bahawa Mahathir berada di China ketika hari kejadian, terpahat dalam insiden hitam itu sejak 30 tahun lalu tanpa sebarang penafian mahupun pembetulan.

Namun sejak isu ini didedahkan kembali olah Musa pada satu forum di Kota Bharu awal bulan lalu, barulah Mahathir mengakui beliau masih berada di dalam negara sewaktu hari kejadian dan hanya ke China sehari kemudian.

"Sebelum ini semua media mengatakan Mahathir berada di luar negara ketika kejadian, tapi pengakuan terbaru memdedahkan perkara sebenar.
"Ini alasan yang kukuh untuk pembentukan RCI, kerajaan perlu mengambil serius terhadap pengakuan tersebut demi mencari keadilan kepada semua pihak," tegas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. (HD)

Lihat Memali jadi bahan sejarah..
E-Buku IH-85: Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.
E-Buku IH-85: Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails