Sunday, April 20, 2014

Pertemuan PAS Dengan Menteri Luar & Pembangunan Scotland..


Salahuddin dan Suhaizan ketika bertemu Humza (dua dari kiri)  di pejabat beliau di Scotland.

KL: Antara agenda perjuangan Scotland ialah untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British.  Demikian kata Menteri Hubungan Luar dan Pembangunan Antarabangsa Scotland, Humza Yousaf, semasa sessi perbincangan dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, di The Scottish Goverment.

Salahuddin dan Suhaizan masa itu sedang dalam lawatan kerja ke United Kingdom baru-baru ini. Pertemuan selama satu jam itu turut dihadiri Pengerusi PAS Representative Council (PRC UK), Jubri Bade. Dalam perjumpaan itu, Humza menjelaskan perjuangan Scotland untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British.

Menurut beliau, satu pungutan referendum rakyat Scotland akan dilaksanakan pada September 2014 bagi meninjau pandangan rakyat sama ada mahukan kemerdekaan atau kekal di bawah kuasa British.
Humza yang beragama Islam ialah pemimpin Scottish National Party (SNP).

Menurut beliau, berdasarkan tinjauan pendapat yang diusahakan oleh SNP, sokongan terhadap tuntutan kemerdekaan telah meningkat daripada 36% kepada 47%. SNP ujarnya menyokong usaha mendapatkan kemerdekaan daripada British.

Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan Scotland untuk membenarkan referendum dilaksanakan. Jika referendum ini berjaya, Scotland diberi masa 18 bulan untuk persiapan kemerdekaan.

Antara isu-isu yang hangat dibincangkan menjelang referendum adalah penggunaan matawang pound kerajaan British. Menurut Suhaizan Kaiat,

"Kerajaan British tidak membenarkan Scotland yang merdeka menggunakan mata wang British. Scotland yang merdeka juga tidak menjadi ahli Kesatuan Eropah (EU).
"Permohonan untuk masuk EU akan berhadapan dengan bantahan daripada British."

Walaubagaimana pun SNP berkeyakinan penuh bahawa pendapatan hasil negeri daripada sumber petroleum, pertanian, penternakan dan lain-lain akan membolehkan Scotland mampu mentadbir negaranya sendiri, anggota pasukan polis dan tentera akan diberi pilihan sama ada mahu berkhidmat dengan Scotland yang merdeka ataupun kekal bersama British.

"Menariknya SNP diberi hak untuk mempromosi agenda kemerdekaan mereka dalam media arus perdana British. Sesuatu yg tidak berlaku dalam negara kita," kata Suhaizan.lagi. (IH/Sumber HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails