Monday, April 21, 2014

Kes Khalwat Wanita Katolik Di Mahkamah Syariah. Persoal Sistem?


Warga Indonesia, Halimah, seorang penganut Katolik didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah di Pulau Pinang atas kesalahan khalwat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 21 April, 2014. Warga Indonesia, Halimah, seorang penganut Katolik didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah di Pulau Pinang atas kesalahan khalwat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 21 April, 2014.



















Seorang wanita Katolik Indonesia berada dalam kedudukan tersepit apabila didapati bersalah atas tuduhan berkhalwat oleh Mahkamah Syariah Pulau Pinang, dua tahun lalu.

Meskipun bukan Islam, Halimah didakwa dan dijatuhkan hukuman di Mahkamah Syariah, dan kini tidak boleh mengenepikan kesnya berikutan kekurangan peruntukan dalam undang-undang negeri.
Peguam dan Perunding Bantuan Guaman Pulau Pinang, Cecil Rajendra berkata, wanita berusia 42 tahun itu hanya boleh membuat rayuan di mahkamah terhadap hukuman, bukan mengenepikan kesnya.

Menjelaskan situasinya sebagai "terperangkap dalam sistem yang tidak adil", Rajendra berkata, Halimah tidak sepatutnya didakwa oleh hakim Mahkamah Syariah.

"Halimah terpaksa ke Mahkamah Syariah untuk tandatangan afidavit sebagai balasan kepada rayuan pendakwa raya.
"Kenapa dia perlu tandatangan afidavit sedangkan mahkamah tiadak ada kuasa undang-undang terhadapnya?" katanya kepada The Malaysian Insider di George Town.
"Tiada kes pada awalnya, dia terperangkap dalam sistem yang tidak adil, tanpa ragu lagi dia bukan Islam," katanya.

Rajendra turut mengadakan perbincangan kes itu dengan Pusat Bantuan Guaman Pulau Pinang disebabkan perhatian rakyat kepada kes itu. Semakan terhadap Mahkamah Syariah mendapati tiada sebarang peruntukan yang membenarkan kes dikeluarkan.

Peguam veteran itu mempertikaikan walaupun peguam syarie mematuhi prosedur, "tidak masuk akal untuk meneruskannya."

"Tiada kes terhadap Halimah. Kes ini sepatutnya tidak ke mahkamah.
"Perlukah kita ke mahkamah tentera yang tiada bidang kuasa terhadap kamu?" kata Cecil.

Rajendra berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk membawa ke mahkamah atas pendakwaan hasutan namun ia perlu dibawa ke mahkamah sivil kerana mahkamah syariah tidak mempunyai peruntukan sedemikian. Beliau berkata, peguam syariah turut tidak begitu gembira apabila beliau cuba mencampuri kes berkenaan tetapi menegaskan mahu Mahkamah Syariah meneruskan dengan Seksyen 74 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004, iaitu mahkamah syariah tiada bidang kuasa terhadap bukan Islam.

"Saya tidak menentang Mahkamah Syariah, tetapi mempersoalkan sistem.
"Saya turut menyokong Seksyen 74. Hanya mohon kepada undang-undang," katanya.

Rajendra berkata, apabila Halimah hendak diikat jamin, dia perlu mendapatkan penjamin yang beragama Islam. Katanya, pertubuhan peguam Katolik turut memandang berat kes Halimah.
Halimah, ibu kepada empat anak dari Bandung bekerja di pusat refleksologi di Jalan Siang Tek di George Town, ketika diserbu penguatkuasa agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) pada 8 Disember, 2011. Dia sedang mengurut pelanggan ketika itu.

Dia disoal siasat lebih dua jam sebelum dibawa ke pejabat Jaipp di Seberang Prai dan dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000. Pada 15 Mei 2012, Halimah didakwa berkhalwat mengikut Seksyen 27(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) di Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang.

Dia mengaku bersalah dan dipenjara selama 14 hari dan denda RM3,000. Pada 3 Disember tahun yang sama, kes Halimah disemak semula oleh mahkamah syariah dengan prosoding mengekalkan rayuannya. Pada 9 September 2013, Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan peguam Halimah membawa kes ke Mahkamah Rayuan Syariah.

Peguamnya, Wan Faridulhadi Mohd Yusoff membuat rayuan di hadapan hakim di bawah Seksyen 74 enakmen tersebut, mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa kerana dia beragama Kristian.
Peguambela turut membekalkan beberapa dokumen lain sebagai bukti termasuk sijil pembaptisan yang membuktikan Halimah beragama Kristian ketika di Medan pada 19 Jun 1982, dan keluarganya juga beragama Kristian, dan surat konsulat Indonesia di Pulau Pinang mengesahkan dia beragama Kristian.

Wan Faridulhadi memberitahu mahkamah tiada bukti pendakwaan menunjukkan Halimah memeluk Islam. Mahkamah Syariah rayuan menolak bantahan preliminari Halimah terhadap hukuman.
Wan Faridulhadi berkata, pendakwaan menyatakan rayuan Halimah bertentangan dengan pendakwaan dan tidak mengikut prosedur kerana dia hanya boleh merayu kepada hukuman.
Tarikh pendengaran selanjutnya masih belum ditetapkan.

Wan Faridulhadi berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan minat Cecil terhadap kes itu.

"Sepanjang pengetahuan saya, siapa pun boleh masuk campur selagi ada minat. Saya tidak kisah," katanya. – 21 April, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Keadilan mesti ditegakkan segera, jangan sampai mangsa teraniaya.. Wanita Kristian ini bernama Halimah? Apakah undang-undang negara ini sudah bercelaru, perlukah dilaksanakan perundangan Islam sepenuhnya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails