Thursday, April 24, 2014

Selepas Umno Tolak Hudud, Gerakan Serang Pejabat PAS, Notis Ugut Saman..


KUALA LUMPUR: Sehari selepas Ahli Parlimen Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan secara terbuka tidak menyokong perlaksaan hudud di Kelantan, hari Gerakan selaku sekutu Umno pula bertindak serupa.

Sekumpulan Pemuda Gerakan hari ini menyerahkan satu notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II (1993)  melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.

Notis itu diserahkan ketuanya Tan Keng Liang bersma 12 anggotanya kepada Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Yusafiza Yaakob yang menerimanya di Pejabat Agung PAS di sini tengah hari ini.

"Dengan ini kami memberi notis kepada PAS kami akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah untuk menegakkan perlembagaan persekutuan negara kita sekiranya PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan," notis itu.

Selain penyerahan itu, mereka juga dibenarkan menggunakan ruang sidang tingkat bawah bangunan itu bagi menyatakan pandangan mereka berhubung undang-undang Islam itu.

Semalam, Datuk Nur Jazlan berkata beliau secara peribadi tidak menyokong usaha untuk perlaksaan hudud.

Katanya, usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

“Jika tidak, nenek moyang kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online.

Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

Dalam pada itu, tiga ahli parlimen Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah itu. Mereka adalah Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Selain itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Jamil Khir Bharom juga telah berjanji bahawa pusat akan membantu Kelantan dalam usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu. (HD)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.
E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.
Sambungan dari..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails