Saturday, April 26, 2014

Ini, Penipu Cinta Di Internet.. 30 Warga Afrika Diberkas.

SEBAHAGIAN warga asing termasuk wanita yang ditahan dalam Ops Tiong bagi membanteras penipuan cinta internet di Taman Connaught, Cheras semalam. 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 termasuk empat wanita warga Afrika ditahan bagi disiasat mengenai pembabitan mereka dalam kes penipuan cinta internet menerusi Ops Tiong di Sri Cendikia Kondominium dan Coolge Cyber Cafe Taman Connaught, Cheras di sini semalam.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 22 lelaki Nigeria, dua lelaki Zimbabwe, masing-masing seorang lelaki warga Cameroon dan Sudan.

“Empat wanita tersebut merupakan warga Nigeria, Mauritius, Cameroon dan Tanzania,” kata beliau kepada pemberita selepas operasi selama lapan jam bermula pukul 11 malam kelmarin.

Menurut beliau, semua yang ditangkap berusia 20 hingga 40 tahun dengan lapan tidak memiliki apa-apa dokumen manakala bakinya memasuki negara ini menggunakan pas pelajar. Abdul Jalil memberitahu, mereka ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung 239 laporan polis yang membabitkan kerugian RM10 juta kebanyakannya dibuat oleh wanita yang mendakwa tertipu dengan cinta palsu warga asing sehingga April tahun ini.

Bersama tangkapan itu, beliau berkata, polis merampas enam buah komputer riba yang dipercayai digunakan oleh warga asing itu untuk melakukan godaan cinta palsu atau jenayah penipuan lain. (Kosmo)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails