Saturday, April 26, 2014

Hudud: PAS Berpendirian Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju. -Datuk Mohd Amar

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih belum ada perbincangan dengan PKR dan DAP mengenai penolakan mereka dengan hudud, namun apa yang paling penting ialah persetujuan daripada PAS pusat. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih belum ada perbincangan dengan PKR dan DAP mengenai penolakan mereka dengan hudud, namun apa yang paling penting ialah persetujuan daripada PAS pusat. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. 

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih belum ada perbincangan yang dibuat kerajaan negeri bersama PKR dan DAP mengenai penolakan dua parti pak‎atan itu untuk menerima pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Mohd Amar, bagi kerajaan negeri, paling diutamakan adalah persetujuan daripada PAS pusat.

"Kita belum berbincang apa-apa lagi, dia (PKR, DAP) hendak bercakap, cakaplah lagipun kenyataan tersebut dikeluarkan sebelum kita bincangkan apa-apa lagi.
"‎Paling penting kita jumpa PAS pusat dan mereka sudah bersetuju, itu sudah cukup," katanya dipetik daripada akhbar Sinar Harian hari ini.


Beliau juga berkata tiada perpecahan yang boleh berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya PKR dan DAP bijak mengambil pendirian mengenai isu hudud.

 "Jika sebaliknya berlaku, ia akan membawa kepada keretakan hubungan, kita berharap PKR dan DAP bertindak bijaksana.
"Sebagai sebuah parti, kita tidak tahu apa respons mereka dan kita akan meminta pimpinan PAS pusat bawa perkara itu kepada pimpinan PKR," katanya.

Berikutan daripada hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud dengan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen, ia mendapat tentangan daripada PKR dan DAP. Kerana kritikan keras yang dikeluarkan parti PR, terutamanya DAP, ia menimbulkan khabar angin bahawa isu tersebut bakal membawa perpecahan kepada tiga parti gabungan tersebut.

Menurut Mohd Amar, kerajaan negeri juga sudah bertindak berjumpa dengan pemimpin PR sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) bagi berbincang mengenai pelaksanaan hududd. Katanya, dalam perbincangan tersebut PAS mengambil pendirian bersetuju untuk tidak bersetuju, di mana pelaksanaan hukum akan diteruskan biarpun tidak menerima sambutan daripada DAP.

"Hudud diluluskan pada 1993 di Dewan Negeri sebelum wujudnya PR, lagipun kita hendak laksanakan di negeri ini.
"Ini bukannya soal terlalu cepat atau tidak, kalau mahu bercakap soal demokrasi, kita harus hormati hasrat kerajaan negeri kerana kita menang dengan cara demokrasi," katanya.

Tambahnya lagi, parti PR yang lain perlu menghormati kehendak dan hasrat pengundi Kelantan untuk melihat undang-undang Islam dilaksanakan.

"Orang sokong kita sebab ingin lihat undang-undang Islam dilaksanakan, sekurang-kurangnya di negeri ini.
"Mereka harus hormat, bukan demokrasi jika nafikan hak rakyat," katanya.

Pada masa yang sama, Mohd Amar menafikan adanya perbincangan yang dibuat bersama Umno dengan menyatakan PAS hanya mengambil peluang daripada kerjasama yang diberikan  parti tersebut dalam pelaksanaan hudud.
"Kita tidak berbincang apa-apa, tidak nampak keperluan untuk tujuan itu, kita tahu kemungkinan ini satu perangkap (Umno) kita akan masuk dengan berhati-hati jadi memandangkan sekarang dia sudah beri kerjasama, dan kita ambil peluang tersebut," katanya‎.

Beliau juga berpendapat bahawa penolakan DAP mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana bimbang akan menjejaskan sokongan kaum Cina.

"Jika ramai yang menyokong, pasti DAP akan menyokong secara terbuka. Saya yakin ramai orang bukan Islam menyokongnya, bukan di negeri ini sahaja malah di seluruh negara juga," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata kepada akhbar Utusan Malaysia bahawa kerjasama antara DAP, PKR tidak akan berubah meskipun parti itu mendapat sokongan daripada Umno. Beliau juga mendakwa bahawa sokongan yang ditunjukkan Umno adalah sebagai taktik menarik undi Melayu sebagai helah memecah belahkan pakatan pembangkang.

"Kita tahu Umno hendak memecah be‎lahkan pakatan ini, tetapi kita akan buat segala persediaan.
"Apabila pemimpin Umno di negeri dan pusat menyatakan sokongan hudud, maka kita berharap tindakan mereka akan konsisten," katanya dalam Utusan Malaysia.

Semalam, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata PAS perlu berundur daripada PR jika ingin tetap dengan keputusannya berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan. Ahli Parlimen Seremban itu berkata sebagai parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS perlu menghormati dan mengikuti asas permuafakatan yang  dipersetujuinya.

Katanya, PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada PR‎. – 26 April, 2014. (TMI)

Editor IH
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Menurut Mohd Amar, kerajaan negeri juga sudah bertindak berjumpa dengan pemimpin PR sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) bagi berbincang mengenai pelaksanaan hududd. Katanya, dalam perbincangan tersebut PAS mengambil pendirian bersetuju untuk tidak bersetuju, di mana pelaksanaan hukum akan diteruskan biarpun tidak menerima sambutan daripada DAP.

Mungkin hal ini juga boleh menguji pendirian orang Islam dalam PKR samada, sama pendiriannya dengan PAS atau sama dengan UMNO dalam hal hudud ini.

Lihat kenyataan..
"Anwar bagaimanapun berkata, walaupun sebagai Muslim beliau percaya dengan hukum Allah, pelaksanaannya hanya boleh dilakukan secara jitu jika negara yang diterajui pemerintah yang adil dan mengikut prinsip Islam.  Justeru beliau tetap dengan pendirian agar isu tatakelola diselesaikan terlebih dahulu sebelum hudud diimplementasikan.Klik..  Hudud: Dolak-dalih Anwar,' isu tatakelola' Selesai...

Sama dengan kenyataan Perdana Menteri dari UMNO, "Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak."  Klik.. Datuk Seri Najib: K'jaan Tak Pernah Menolak Hudud....

Lihat..
E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.
E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.

3 comments:

XUMNO said...

Nampaknya yang berdolak dalik dalam isu Hudud ini ialah DAP. Bukankah Pakatan Rakyat tertubuh atas perjuangan menegakkan keadilan sosial seperti menentang kezaliman dan telah disepakati bahawa masing2 parti Pas, PKR dan Dap mempunyai dasar perjuangan masing2 yang perlu dihormati. PKR dan Dap tentu sudah terlalu maklum bahawa tunjang perjuangan Pas ialah menegakkan Hukum Allah dan salah satu daripadanya ialah melaksanakan Hudud. Jadi kenapakah Dap membantah cadangan Pas ini? Tidak setuju lain; bantah lain! Kenapa mesti kamu bantah perkara yang tak kena mengena dengan kamu yang bukan-islam? Adakah Pas bantah orang2 bukan-islam tak berkhatan atau makan babi atau minum arak atau berjudi????? So what is wrong with you???

bat8 said...

Kesemua pihak: PAS,PKR, DAP perlu sama-sama bertindak dengan bijaksana.

Prinsip " bersetuju untuk tidak setuju" adalah satu mekanisma politik yang ampuh jika dilaksanakan dengan bijaksana. Ia satu konsep yang boleh membuat stail politik pecah belah dan perintah yang diamalkan oleh UMNO/BN selama ini menyembah bumi. Ini yang ditakuti oleh UMNO apabila kita m3lihat bagaimana Najib cuba melepaskan diri dalam isu hudud ini.

Dalam konteks hari ini, isu hudud ini bukan sahaja perlu dilihat dari segi tuntutan ugama keatas orang Islam tetapi juga perlu ditangani dari aspek politik supaya ia dapat dilaksanakan dan membawa k3baikan bukan sebaliknya.

Dengan pemergian Karpal Singh, saya melihat prinsip diatas bol3h dicapai dengan mudah dan sekaligus memberi pukulan maut.

Apa yang perlu dilakukan ol3h ketiga2 parti dalam Pakatan Rakyat ialah terus berbincang dengan ikhlas dan dengan bijaksana. Gerenti kedua2 matlamat: m3laksanakan huduh dan memberi pukulan maut kepada UMNO akan tercapai.

Dalam mencapai matlamat ini saya mempunyai s3dikit kegusaran dengan k3mampuan sesetengah p3mimpin PAS seperti Nik Amar yang tidak m3mpunyai l3v3l k3bijaksanaan yang diperlukan dalam m3nangani isu semasa dengan keupayaan untuk bertindak dengan bijaksana berdasar realiti didepan mata.

Kami orang k3lantan amat faham dengan keupayaan dan k3bijaksanaan Nik Amar. Nik Amar mempunyai keupayaan yang amat terhad apabila berhadapan dengan realiti semasa. Selalu tindakan beliau out of touch dengan r3aliti didepan mata.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih atas komen bernas tuan-tuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails