Sunday, December 08, 2013

Artis Marsha Milan, Berfikir Tidak Islamik?


HALAMAN HIBURAN

Marsha Milan Londoh  (gambar) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana meraih tempat keempat dalam pusingan akhir musim ketiga Akademi Fantasia, dan pernah membintangi drama televisyen Internet buatan Malaysia yang pertama, Kerana Karina, di laman web gua.com.my.

Marsha berketurunan Kadazan-Dusun dan merupakan sepupu kepada Linda Nanuwil, naib juara musim ke-2 Akademi Fantasia. Marsha pernah memberitahu media Utusan bahawa dia mahu dikenali sebagai Marsha Milan

myMetro hari ini melaporkan..

"Dia wanita penuh ‘sex appeal’. Nama­nya juga tersenarai dalam kelompok selebriti wanita tempatan paling asyik, seksi, panas dan menggoda.

"Melangkah masuk bidang seni berlandaskan bakat, apabila diiktiraf sebagai salah seorang finalis program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005, rentetan hidup Mar­sha Milan Londoh selama lapan tahun menjadi anak seni tidak sunyi dihambat kontroversi."

Menurut myMetro lagi, namun perbualan dengan wanita berusia 28 tahun kelahiran Michigan, Amerika Syarikat kali ini menyelami dasar hati seorang perempuan yang tidak akan pernah rela bermadu. Ketepikan seketika pegangan agamanya yang tidak tertera soal poligami, Marsha yang diketahui peminat sering mendampingi pemuda Melayu mengakui dia menentang Poligami.

Kata Marsha, “Saya memang pantang benda macam ini dan berjanji pada diri sendiri tidak mahu menjadi isteri kedua atau dimadukan. Dalam bercinta pun saya tidak boleh terima pasa­ngan berlaku curang kerana saya seorang yang setia."

Itulah suatu contoh pemikiran tidak Islamik,  yang masih bersarang di kepala otak artis-artis Malaysia masakini. Jaga, kalau kamu tidak mampu solat, kamu tak solat, itu berdosa besar. Tetapi kalau kamu ingkar kepada wujudnya hukum solat dalam agama Islam, itu bahaya dari sudut aqidah. Begitu juga dalam hal poligami.

Na 'auzubillahi minzalik. (IH)

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong


Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

7 comments:

jimi said...

Minah tu muslim ke lu nk pakse die fikir islamik? Jgn jd sewel bro..

Anonymous said...

mangkuk la.. dia ni bukan Muslim..

Amin said...

Yang dihuraikan ialah fikiran Islamik, yang sepatut ada pada artis Malaysia, negara umat Islam.

Bukan nak paksa dia masuk Islam. Tiap orang Islam bukan sahaja artis, sepatutnya berfikir cara Islam.

Itulah dakwah yang disampaikan blog ini.

Teruskan pak Ibnu..

Anonymous said...

Dia Christian. Jgn suka buat tudohan kalau tak tahu. Sungguh tak bijak.

Unknown said...

dia kristian...? kalau kristian memang antipoligami ... ha..ha tapi tak antizina ....suami tak boleh kahwin dua tetapi boleh ada mistress sebanyak mana pun ... begitu juga isteri, ada satu suami tetapi boleh ada jantan lain ikut suka hati .....!!!

Anonymous said...

Memang dia bukan Islam & seorang penganut agama Kristian - tapi bukan penganut yg taat. Macam penyokong Umno juga la - ramai yg beragama Islam tapi bukan penganut yg taat.

Anonymous said...

Rantai, kalau ikut ajaran kristian katolik yg sebenar tak boleh berzina ada dalam bible tapi biasalah non muslim skrg ni pun bukannya baca bible cuma datang ke gereja pada hari ahad aje. Sy ni mualaf so sy tau lah. Satu lagi sy nak tanya memang bagus ulasan pak ibnu, btepatan dgn motto di atas tu SAMPAIKAN LAH WALAU SEPOTONG AYAT tapi boleh ke selitkan gambar perempuan tak tutup aurat? Gambar brkemban lagi tu..apa nak jadi lah umat islam sekrang ni....saya terasa pula ibarat macam sy tonton rancangan TANAH KUBUR rancangan yg penuh makna dan nasihat tapi pelakon wanita buka aurat semasa brlakon, sy nak tanya ini ke yg dinamakan islam liberal? Contohi lah admin blog PEN BURUK ONLINE belum pernah sy tgok dia sebarkn gambr perempuan dedah aurat. NIAT BERDAKWAH TAK HALALKN CARA. TAK SANGKA JUGA ADA YG LAHIR ISLAM TAPI TAK HIRAUKAN BENDA NI. UAI KATA BDOSA SEBAR GAMBAR TUNJUK AURAT peace yaww

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails