Wednesday, December 11, 2013

Banjir: Menteri Perlekeh U/Amal, Bodoh Sombong II



KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamad terkilan dengan sikap seorang menteri yang memperkecilkan peranan dan bantuan yang dihulurkan Unit Amal Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan.


Beliau ketika berucap membahaskan Bajet 2014 berkata, menteri terbabit sepatutnya menggalakkan sikap yang ditunjukkan oleh sukarelawan Unit Amal yang menjalankan tugas penuh kerelaan tanpa pernah meminta-minta bayaran.

"Saya terkilan apabila menteri ketika menjawab soalan ahli Dewan Negara telah memperkecilkan peranan dan  bantuan yang diberikan oleh badan sukarela seperti apa yang disebut Jabatan Amal.

"Saya maklumkan di sini Unit Jabatan Amal ini dianggotai oleh anak-anak muda kita daripada pelbagai peringkat umur. Mereka ini adalah sukarelawan yang dikerah pada bila-bila masa dan tidak dibayar," katanya.

Katanya, atas semangat inilah datangnya pertolongan cemas dari seluruh negara yang membawa wang, air mineral, lampin pakai buang, makanan, tilam, tikar dan kain selimut, pakaian dan sebaginya.

Sikap inilah, katanya perlu disanjung dan mengucapkan penghargaan terima kasih bukannya memperkecil-kecilkan mereka.

"Saya kira pengorbanan mereka cukup besar dan kehadiran mereka tanpa dipanggil sedar-sedar mereka sudah ada apabila pertolongan cemas diperlukan," katanya.

Unit Amal antara anggota sukarelawan yang turut bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di Kuantan, mereka bukan sahaja berusaha mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mangsa banjir bahkan kini mereka sedang giat menjalankan aktivti membersihkan rumah mangsa banjir. (Hrkh)

Sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails