Sunday, December 08, 2013

Kasino 'Judi Haram' Dalam Hutan Diserbu. Judi 'Halal'?

Lokasi pusat perjudian yang terletak di tengah-tengah hutan untuk melindungi dari dikesan Polis diserbu kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin
 Antara barangan yang dirampas daripada 34 kaki judi yang ditahan dalam Op Dadu, kelmarin.
Pegawai dan anggota polis membuat pemeriksaan terhadap kaki judi yang dicekup 

TAMBUN – Sindiket judi haram yang licik menjalankan operasi di tengah hutan di Kampung Baru di sini, bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa akhirnya tumpas dalam serbuan Op Dadu, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, seramai 34 kaki judi warga tempatan, termasuk lapan wanita berusia antara 40 hingga 74 tahun yang leka berjudi dicekup empat pegawai dan 23 anggota Pasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Lokasi pusat judi di kelilingi hutan dan kebun buah kedondong dengan jarak kira-kira dua kilometer dari jalan utama itu dikesan aktif sejak tiga minggu lalu sering menjadi tumpuan kaki judi. Kaki judi ini sanggup melalui jalan tanah merah berlopak sebelum tiba di pagar diperbuat dari zink dengan seorang penjaga ditempatkan di pintu masuk markas perjudian itu.

Ketua Unit Pencegahan Perjudian, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, penganjur judi haram ini licik menjalankan operasi seawal jam 10 pagi hingga tengah malam jauh daripada penempatan penduduk dan terlindung dari pandangan umum.

Malah menurutnya, penganjur juga mendirikan dua khemah dan menyediakan makanan serta minuman untuk kaki judi.

"Setiap pertaruhan mampu mencecah sehingga ratusan ribu ringgit dan dalam serbuan itu peralatan judi seperti cip dianggarkan bernilai RM20,000 serta wang tunai RM15,000 dirampas.
“Ketika serbuan, ada antara mereka sanggup menyusuri sungai dan hutan berhampiran bagi mengelakkan dicekup dan ada yang melarikan diri serta gagal dikesan," katanya.

Dalam pada itu, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu 'judi haram' dari sudut undang negara, polis boleh basmi. Bagaimana 'judi haram' dari sudut perundangan Islam, tetapi 'halal' dari sudut undang negara? Contohnya seperti  TOTO dan lain-lain?

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails