Saturday, August 01, 2015

Demo Tangkap Najib, Tapi.. Aktivis Ini Ditangkap Polis, Sebentar Tadi..



Auntie Bersih - wanita warga emas yang dikenali ramai dalam kebanyakan perhimpunan - atau nama sebenarnya Anne Ooi, adalah antara penunjuk perasaan ditahan polis di Kuala Lumpur hari ini.

Turut ditahan, pembantu Ahli Parlimen Klang, Jay Jay Dennis.

Seorang lagi peserta ditahan kerana didakwa melontar mercun ke arah pihak berkuasa.

 
 
 
 
 
 
Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen berkata, dia terkejut kerana polis memulakan penahanan sebelum perhimpunan bermula.
Pada jam 1.30 petang, hampir 100 anggota polis dikerah bertugas di kawasan pusat beli-belah Sogo yang menjadi pusat perhimpunan berkenaan.

Turut dilihat, tiga trak dan sebuah van polis - biasanya digunakan untuk mengangkut tahanan - diletakkan di depan kompleks berkenaan.

Pagi tadi polis menyatakan akan bertindak terhadap penganjur serta peserta perhimpunan #TangkapNajib.

Antara individu ditahan polis ialah aktivis anak muda Adam Adli Abdul Halim, Mandeep Singh dan Shukri Abd Razab.

[Lihat galeri foto di sini]

Seorang lagi aktivis Hishammuddin Rais turut ditahan tengah hari tadi.

Menurut Hishamuddin, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wang.

Himpunan #TangkapNajib dianjurkan oleh kumpulan Demi Malaysia bagi mendesak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ditangkap kerana didakwa terbabit dalam rasuah serta salah guna kuasa.

Turut hadir, Adun Teja, Chang Lih Kang, dan Simpang Pulai, Tan Kar Hing. (MK)

1 comment:

Anonymous said...

Anjing setahu saya cuma ikut arahan tuannya yg pelihara, bagi makan dan latih. Jadi tak hairan lah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails