Thursday, July 30, 2015

Letak Jawatan Ahli Dewan Negara Kerana Skandal Seks

LONDON – Seorang ahli politik Britain meletak jawatan daripada Dewan Negara semalam selepas sebuah akhbar menerbitkan gambar yang menunjukkan beliau menghidu dadah jenis kokain bersama beberapa orang pelacur.
Lord John Sewel, 69, memohon maaf atas ‘kesakitan’ dan ‘rasa malu’ disebabkan perbuatannya selepas akhbar The Sun menerbitkan gambar beliau memakai coli oren sambil berbual dengan dua pelacur.
Scotland Yard telah melancarkan satu siasatan terhadap tindakan beliau dan membuat serbuan ke atas rumahnya di sebuah blok pangsapuri eksklusif berhampiran bangunan Parlimen malam kelmarin.
 
“Saya telah menulis kepada pejabat Parlimen hari ini (semalam) mengenai peletakan jawatan sebagai anggota Dewan Negara. Saya mahu memohon maaf atas kesakitan dan rasa malu akibat perbuatan saya itu,” kata Sewel.
 
Kelmarin, Perdana Menteri, David Cameron mempersoalkan kewajaran untuk Sewel terus kekal sebagai ahli Dewan Negara berikutan tuduhan serius terhadapnya.
Sewel sebelum ini mewakili pembangkang daripada parti Buruh dalam Dewan Negara iaitu dewan tinggi yang anggotanya tidak dipilih melalui pilihan raya. – AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails