Thursday, July 30, 2015

DAP Akan Hilang Kuasa Di P.Pinang. -Mohd Amar


Datuk Mohd Amar Nik Abdullah Mohd Amar

Kota Bharu – PAS menyifatkan `saham’ mereka turut menyumbang ke atas kemenangan DAP di Pulau Pinang dan menasihatkan pemimpin mereka supaya jangan terlalu angkuh. Pemimpin DAP juga diingatkan supaya sedar mereka menang bukannya atas usaha mereka semata-mata.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua pihak ada sumbangan masing-masing kepada kemenangan itu dan apabila Pakatan Rakyat (PR) berpecah, semua pihak akan rugi. Itulah yang DAP perlu ingat.
 
“Orang Melayu undi DAP kerana ada PAS bersama mereka. Apa yang kita bimbang apabila PAS disisihkan, mereka pula turut disisihkan pengundi Melayu.
“Sekiranya DAP mengatakan kita akan kalah dalam PRU-14…bagi kami itu semua ketentuan tuhan dan tidak ada orang yang boleh tentukan mesti kalah atau menang. Kita hanya boleh merancang, berusaha dan berkerja,” katanya menjawab isu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meramalkan PAS bakal kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang.
 
Katanya apa yang dibimbangkan ialah DAP pula yang akan hilang kuasa di Pulau Pinang. Mohd Amar menegaskan DAP sebenarnya terlalu banyak cakap.
 
“Guan Eng sepatutnya belajar untuk `reserve’ sikit dengan kenyataan-kenyataannya dan jangan selalu bercakap sebab terlalu banyak bercakap kadang kadang boleh menyusahkan.
“Jika beliau mengatakan PAS baik dengan UMNO…apa yang PAS baiknya, PAS baik dengan semua orang, dengan DAP pun kita baik,” katanya dengan nada sinis.
 
Sementara itu mengulas mengenai perlantikan dua timbalan menteri dari Kelantan (Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) Mohd Amar menyatakan tidak tahu daripada sudut mana dan apa asas pemilihan dilakukan.
 
Katanya pada pandangan PAS Kelantan ianya tidak memberi kesan kepada senario politik negeri Kelantan.
 
“Sekiranya ia dikatakan bertujuan untuk mengukuhkan UMNO di Kelantan, saya tidak nampak dua orang tokoh ini boleh beri sumbangan yang besar,” katanya. (Stv)

7 comments:

zamani said...

pas cuma untuk ulamak yang cakap kotor2 saja.

Unknown said...

Ambo buke ore politik. Ambo buke ore pah. Ambo buke ore umno. Ambo pengundi biasa di dun salor, kelantan. Setakat yg ambo dengar dan perhati rata2 rakyat khususnya disini mula mperkatakan kebencian kpd pah kelante.Anak 2 muda yg balik beraya menzahirkan kbencian kpd nik amar. Ambo perasaan senario ini sama seperti mana mereka mbenci umno dulu. Mudah kata sebenarnya nik amar akan berputih mata unt pru akan datang

Anonymous said...

Over dose pil kuda?

Anonymous said...

amar pun menang bukan sbb undi org pas aja. ada org kapir dewan penyokong yg dulu undi, ada melayu pkr, ada cina dap. itu pasal amar bole menang. kalu tak ada dap dan pkr, jangan haraplah nik amar menang. lepas pru14 nik amar hilang jawatan dan tukar profesyen jual jeans levis dari thailand

Anonymous said...

Hamba pun perasan org kelate cukup benci org yg bersama kapir dap nk memrintah negara.. rasanya puak2 nie pun akan berputih mata pru akan dtg..

Unknown said...

Ini sajalah justikasi org umno yg dikutip pula oleh puak pascai sekarang :

Cina nak perintah. Cina nak kuasai negara. Ini ayat dari kursus biro tatanegara yg org pascai telah hadir. Dulu kafirkan org umno skrng dah tentu dap bukan islam. Memang puak pad ni puak pascai.

Unknown said...

Ini sajalah justikasi org umno yg dikutip pula oleh puak pascai sekarang :

Cina nak perintah. Cina nak kuasai negara. Ini ayat dari kursus biro tatanegara yg org pascai telah hadir. Dulu kafirkan org umno skrng dah tentu dap bukan islam. Memang puak pad ni puak pascai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails