Sunday, July 26, 2015

Mengapa, ADUN Tg Sepat Terus Bersama PAS?



Insya Allah, Saya Terus Bersama Parti Islam Se Malaysia (PAS)
TIDAK semena-mena diri dan nama saya jadi perbualan politik tanahair. Selama ini saya mengambil pendekatan untuk low profil apatah lagi menzahirkan pemikiran kritis politik. 

Mungkin disebabkan saya masih sedar siapalah saya di kalangan kawan-kawan yang menjadikan platform politik sebagai medan populariti diri ataupun membina pengaruh dan kekayaan. Ribut politik yang melanda negara seolah-olah memberi impak kepada generasi yang dibina atas kesedaran diri lalu mengikuti marhalah perkaderan dan tarbiyyah tangga demi tangga. 

Maka sudah pastinya gaya dan corak pemikiran serta tindakan terhadap sesuatu isu terkait pada diri, memerlukan untuk saya memikirkan kesan atau natijah kemudian hari (hari perhitungan di hadapan Illahi). Saya telah melalui sejarah kehidupan politik di kala diminta bertanding dalam pilihanraya 2004 (PRU11). 

Ketika itu, pimpinan negeri tidak pernahpun turun ke bawah mendapatkan maklumat tepat akar umbi. Apa yang berlaku adalah berkisarkan teori lalu diterjemah melalui pengarahan yang tidak masak. Akibatnya memaksa kami di peringkat Pas Sepang ketika itu bernekad untuk terus turut serta dalam pertandingan tiga penjuru. 

Tahun 2008 (PRU12), sekali lagi saya diminta untuk bertanding mewakili Pas di Dun Tanjong Sepat. Walaupun berat, sebab agak fobia dengan kesan kehidupan selepas pilihanraya 2004 (PRU11), saya ambil tanggungjawab dan risiko untuk kedua kali. Tewas kali kedua mengajar saya tentang erti keupayaan diri. 

Maka selepas 2008 (PRU12) saya lebih bersedia untuk berkhidmat untuk parti BUKAN bermakna saya ingin jadi calon pilihanraya mendatang, tetapi untuk membantu mencipta dan melakar sejarah di Sepang. Menghadapi pilihanraya 2013 (PRU13) saya telah mengharungi pelbagai dugaan samada dari dalaman parti mahupun luaran. Tidak perlulah saya ceritakan semuanya. Pendekkan cerita, Allah kurniakan sedikit kemenangan kepada kami Pas Sepang bagi mengisi kerusi Dun Tanjung Sepat dan Parlimen Sepang. 

Semua ini berlaku adalah disebabkan kesungguhan usaha, pengorbanan, keikhlasan ahli-ahli dan keizinanan Allah S.W.T. Menyedari kepada hakikat kemenangan itu adalah hasil kerja berpasukan dan izin Allah, maka saya ingin tegaskan bahawa provokasi berita di Kosmo keluaran 23 Julai 2015 mengaitkan saya akan menyertai GHB adalah provokasi dan andaian kumpulan yang kecewa. Saya akui terdapat individu yang cuba menjinakkan saya untuk turut serta dalam kumpulan GHB. 

Saya ingin tegaskan, selagimana Pas kekal dengan prinsip perjuangan yang termaktub dalam perlembagaannya dan dipimpin oleh kepimpinan ulamak, Insya Allah saya akan kekal dalam perjuangan tarbiyyah, dakwah dan siasah Pas ini. Saya tidak terlibat GHB sebaliknya Insya Allah kekal bersama Pas dan kepimpinan sediada.

Saya berseru kepada semua yang mengaku sebagai ahli Pas agar terus istiqamah bersama Pas hingga akhir hayat. Oleh itu, mana-mana individu atau kumpulan yang mengaitkan saya dengan GHB atau menyokong GHB, harap hentikanlah cita-cita dan usaha kalian. 







Dalam kesempatan ini saya ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YB Dr. Rani Osman (ADN Meru), YB Dr Halimah Ali (ADN Selat Kelang) dan YB Hanim (ADN Sri Serdang) di atas penegasan mereka untuk terus kekal bersama dan komited memperkukuhkan Pas melaksanakan amanah dan sekaligus menafikan penglibatan mereka bersamai GHB.

Doakan kami untuk terus bersama dalam perjuangan Pas hingga akhir hayat.

Allahu Akbar!! 3X

YB. IR. MOHD HASLIN HASSAN
ADN Tanjong Sepat

9 Syawal 1436H/25 Julai 2015M
 

(TKO)

13 comments:

cikmatgelap said...

nabi kata akhir zaman umat islam terbahagi 73 golongan,72 neraka ,satu aje yg diterima,satu tu tentu tak ramai,yg 72 tu tentu ramai.....GHB 18 ORG KLU YG LAIN TAK NAK IKUT,aku tetap ikut ,,,jadi 18+aku=19org.....takpe tak ramai cuma19je....janji termasok dlm golongan yg satu tu....lebih baik dari masok golongan yg 72,

Anonymous said...

Teruskan dengan Pas semoga saudara saudari sekalian hidup segar,jangan peduli dengan GHB ,biar sanggup berjuang untuk dengan ulamak yang mempunyai perangai buruk,tunggulah bahana yang akan kamu terima bila PRU 14 nanti.janagn mengeluarkan kata2 ada yang memujuk kamu untuk bersama GHB ,adalah lebih baik bagi kami telah tahu terlebih dahulu sikap kamu,lebih senag untuk kami terus bergerak tanpa kamu yang sudah tercatit nam kamu sekarang,senag bagi kami.Ingat peminpin GHB ,mereka ini adalh racan sekinay mereka bersma GHB nanti AWAS.

Anonymous said...

Kah kah kah ada macai dan balaci meroyan kat sini bila tak sokong depa ! Ada yg siap ugut dan memburukkan nama UAI bila depa dengar UAI pun tak sokong depa ........alahai buruknya perangai !

Anonymous said...

Hoi. Kamu paschai perangai elok ke? Ulamak chai pegang kunci syurga ke? Hahahhha

Anonymous said...

Aku ahli PAS Manjung. Aku istihar keluar dpd PAS dan akan bersama GHB.

Anonymous said...

Anon 7.19,hati2 sikit kalau silap nanti isteri kau jadi janda tertalaq 3.atau mak kau nanti jadi janda ,oleh itu awas ,jangan kleuar Pas ,nanti isteri terlePAS

Anonymous said...

Agak2 orang gila mana mau sokong PAS lagi. Mahu berpolitik TAPI tak ada cita2 mahu tawan Puterajaya. Aku cadangkan PAS lebih baik jadi "badan dakwah"..daripada membazirkan undi pengundi.

Anonymous said...

Salam Pak Haji, berita dari peliwat no 1 Malaysia tak ada ke. he...he...he.....

Anonymous said...

PAS + PKR + DAPigs = NASI KANGKANG + LENDIR CHINA DOLL + AISKRIM + KONEK + SPENDER + HANCING DAN AROMA BABI.

Anonymous said...

Aku bukan ahli PAS tapi sejak mula boleh mengundi aku tak pernah pangkah BN. Tapi kali ni aku bukan setakat tak pangkah BN tapi juga sekutunya PAS. PAS=UMNO sama sahaja. Parti Melayu..satu buduh satu huduh

Anonymous said...

Anonmouse 9.06.kemana perginya nanh umno.kau sapu buat makan dengan roti ke? Roti+ nanah umno.+tahi mca.+kentut mic= sapu dengan roti,untuk sarapan pagi kau sekeluarga.

Anonymous said...

Politik kepartian boleh menjadi begitu hodoh jika cagaran untuk kemenangan sesebuah kumpulan itu adalah rumahtangga.
Mufti Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berpolitik sepatutnya dibangunkan untuk membina masyarakat dan negara yang lebih baik.Itu kata Mufti

TAPI KATA AKU apa ke jadah parti yg mengaku Islam tapi kaedah ini diamalkan, kaedah Cai digunakan............PAS memalukan agama Islam sama dgn pemimpin cai mereka yg suka membarua, tololkan dan jebonkan Jemaah. MACAM NI KA PAS YG DIKATA PARTI ISLAM. Jujur kata ini parti memalukan agama bertopeng agama. Yg di Penang bila nak letak jawatan. Kata dah putus tapi masih kemaruk elaun dlm kerajaan DAP. Semua ini kerana nak bayar bil letrik, bil kereta dan bil HP kan....Mana maruah dan mana telur.

Duvid2

Anonymous said...

Aloo bro.. itu je ka modal? Dah kalah tu dok diam2.. keh keh keh keh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails