Friday, July 31, 2015

Gadis Kerja Pengimpal, Tutup Aurat Tapi Macam Tomboi?

TERBACA berita ini dalam Media Orang Kampung...

Perghhh !!! Gadis berniqab kerja Pengimpal (Welder) jadi perhatian

MENGGUNAKAN nama Saya Tyra di laman sosial Facebook, seorang gadis yang memakai niqab walaupun berkerja sebagai Pengimpal di sebuah syarikat terkemuka menarik perhatian netizens.

Di laman Facebooknya, gadis itu dilihat mengenakan berseluar jeans dan seragam kerjanya serta berniqab.

"Walaupun saya seorang Pengimpal dan bekerja di Sapura Kencana. Jangan pelik dengan pemakaian saya.
"Berseluar besar. Berniqab dan berbaju besar. Tak ada nampak bentuk badan. Dari belakang orang fikirkan lelaki. Bila dengar suara orang baru tahu saya perempuan," tulis gadis itu dilaman Facebook miliknya.
Tambahnya lagi, aurat wanita wajib dijaga tidak kira apa pekerjaan kita. Rata-rata netizen kagum dengan penampilan dan prinsip yang dipegang gadis yang berasal dari Perak ini.

"Tahniah! Mudah-mudahan adik istiqamah dalam menjaga aurat dan berniqab," tulis Hanan Hamzah

Manakala Nur Azmina mengucapkan tahniah dan diharap perilaku gadis ini harus dijadikan contoh kepada wanita lain terutamnya yang bekerja dalam bidang teknikal
 
 Di luar tempat kerja saya tetap memakai niqab. Di tempat kerja pun saya pakai. Ikutkan di tempat kerja takpayah pakai pun takpe. Tapi disebabkan debu pasir dan debu besi. Saya beranikan diri untuk pakai. Tapi bila saya bekerja.

Niqab ni saya lipatkan keatas sorok kat topi sebab saya nak pakai mask. Habis kerja saya turunkan balik. Yang penting safety 1st.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas! dan Tahniah kepada beliau. Seorang gadis muslimah pekerja contoh dalam menghadapi cabaran menutup aurat zaman ini.

Bagaimana dengan nampak macam tomboy?  Tidak! Melihat gambar dan berita ini, beliau orang baik-baik, bukan tomboy.. Sebut 'tomboi' itu, hanya gurau-gurau saja.. maaf!

Semoga, Allah percepatkan jodoh beliau, dengan lelaki yang baik-baik pula. Amin!! Ini hadiahku untukmu..
Jom sama-sama berdoa..
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails