Wednesday, July 29, 2015

Muhyidin/Dr Mahathir Membentuk GHB Versi Umno? (99)


Oleh Norazli Musa
Presiden Geng Ustaz

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?  E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Pertahan Najib, Umno Hancur : Pandangan Presiden PAS Tepat

GENG Ustaz (GU) terkejut mendengar rombakan kabinet terbaru yang berlaku, di mana ia kelihatan untuk memperkukuhkan kedudukan politik Najib Razak setelah mulai hilang sokongan daripada kabinet sendiri.

Ternyata Umno kini tidak dapat bertahan lagi, dan terpaksa menghadapi kehancuran terutama apabila Muhyidin Yasin dijangka membuat gerakan bersama Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib. GU tidak menolak kemungkinan gerakan 'reformasi' yang pernah dibuat oleh Tengku Razaliegh pada 1988 dan Anwar Ibrahim pada 1998 akan berulang.

Muhyidin mungkin boleh membentuk GHB versi Umno selepas ini. Ternyata kesan buruk yg dialami oleh Umno ini adalah akibat tindakan Pas mempertahankan supaya Najib terus menjadi PM, ketika sebahagian pemimpin PR mendesak Najib digantikan oleh Muhyidin. Pandangan Presiden Pas yg ditentang oleh golongan GHB ternyata lebih tepat dalam mempercepatkan keruntuhan Umno.

GU menjangkakan politik Melayu akan berubah dgn petkembangan ini. Orang2 melayu yang kecewa dengan umno sekarang akan beralih kepada Pas setelah Dap tidak lagi menjadi sekutunya. Sebelum ini, orang Melayu bimbang peranan Dap dalam meruntuhkan pengaruh politik Melayu.

Serpihan Umno jika diwujudkan oleh Muhyidin sudah pasti akan memilih Pas sebagai regunya untuk memperkukuhkan politil Melayu Islam dan menghadapi Umno dan PR 2.0 yg diketuai Dap nanti.

Dalam keadaan politik seperti ini, Pas dilihat paling berpotensi dalam menggambil alih kepemimpinan negara dan mengukuhkan kedudukan politik Melayu Islam. GU mengucapkan tahniah di atas kebijaksaan strategi politik Presiden Pas.

Norazli Musa Presiden Geng Ustaz

(Diangkat dari Detikdaily)

8 comments:

Anonymous said...

Bunyi macam cerdik.. tapi bodoh bila ia melaibatkan rakan-rakan seperjuangan. orang yang menyokong pula seiring dengan kepala yang membawa rebah kepada parti. apa guna BN lemah atau UMNo lemah kalau PAS terbogel sorang-sorang di tengah padang bersorak terlompat2 sampai terlodah kain. Boleh kah PAS menang?... nanti orang yang cerdik akan jawap.. perjuangan kita adalh untuk akhirat.. bukan dunia semata2.. ini satu lagi kenyataan bunyi cerdik politik tetapi bodoh bagi orang cerdik politik. Kalau taknak menang pilihanraya ikut ABIM.. jadi badan dakwah.. maka orang tidak akan mengata. TUn Mahathir berkata UMNO lemah kerana tutup pintu kepada orang cerdik pandai.. maka PAS pulak buang bersih cerdik pandai dengan sumpah seranah dan macam2 gekaran.. itukah sikap kepimpinan Islam yang ingin di bawa? sungguh memalukan atas dasar parti yang perjuangkan Islam.. kepimpinan yang gagal dalam tadbir urus parti.. jangan harap nak tadbir negara.. negeri yng kamu pernah tadbir pun tunggang langgang (kecuali Kelantan).. pemimpin yang gagal dan rasa tergugat.. akan menyokong pemimpin yang sama bebanan dengannya.. selamat berjuang..

Anonymous said...

PAS tahu ke.. apa masalah ekonomi negara semasa.. dan kesan isu 1MDB dan pentadbiran Najib kepada ekonomi negara?.. rasuah akaun pribadi yang melibatkan Najib.. dana yang datang untuk kempen PR13 yang mengalahkan PAS dan pembangkang?.. kenapa bengap sangat..

Anonymous said...

BUANG MYUDIN DAN ROMBAKAN KABINET UNTUK MENUTUP ISU 1 MDB.KKKAKKAKAKAAKKAAKAKK

Anonymous said...

Geng Ustaz faham ke isu 1MDB. Biasanya kalau ada function di institusi2 atau sekolah2orang bagi geng ustaz jadi AJK Jamuan je.

Anonymous said...

bijok dalam frasa geng ustod je

pentadbiran najib telus dan adil.... bijak sangat la tuuu..

ha ha ha

bijak dlm definasi geng ustod ni setaraf budak darjah 4 E sajaaa.....

itulah saja intelektual GU


Anonymous said...

Hahahahaha...AJK jamuan @ tukang baca doa jer..

Anonymous said...

Maaf. Ustaz taliban ni sgt bodohh. Mana dia belajar haaa. Kalu sokong najib tu maksudnye subahat lah. Najib perentah negara akan jadi spt Greece. Hutang negara Rm800b. Hutang 1mdb rm42b. Kena trim janggut yg berserabai spy tk serabut otak dia. Haha

Anonymous said...

TALIBAN WALAUN HADI AWE. DIBAWAH HADI PAS PERENTAH TGANU & KEDAH SEPENGGAL JE. LEWAT BERTINDAK. SLOW MOTION.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails