Tuesday, July 28, 2015

Tubuh K'jaan Peralihan Melalui Undi Tak Percaya. Mampukah GHB Tarik Muhyiddin? (98)

 


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?  E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Sekumpulan anggota parlimen pembangkang cuba meraih sokongan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan sebagai timbalan perdana menteri untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Sudah sampai masanya beliau (Muhyiddin) dan kumpulan beliau serta ahli-ahli parlimen BN yang lain yang cintakan negara menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Najib,” kata mereka.

Dalam kenyataan bersama 16 anggota parlimen pembangkang, termasuk bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, mereka mencadangkan penubuhan sebuah 'kerajaan peralihan' setelah undi tidak percaya dibuat.

Mereka berkata tindakan itu perlu diambil memandangkan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalaman Umno, termasuk isu 1MDB dan pengguguran Muhyiddin daripada jawatannya.

“Kedegilan Najib untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera,” kata pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GBH) itu.

GBH, yang diketuai Mohamad, ditubuhkan sebagai wadah untuk merintis penubuhan sebuah parti Islam baru dan gabungan pembangkang baru.

Ia digerakkan oleh kumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti sebelum ini.

Sementara itu, dalam kenyataan itu, mereka mencadangkan beberapa terma untuk tindakan itu, termasuk pelantikan seorang perdana menteri interim daripada kalangan pemimpin terkanan dari tempoh setahun sehingga pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Dalam tempoh itu, mereka juga menuntut “skandal-skandal utama negara” termasuk 1MDB dengan diselesaikan dengan memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. (Mk)

2 comments:

Anonymous said...

Macam berangan2 jerr mat sabu ni

Anonymous said...

Mahu ke geng hadi sukung SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails