Monday, July 27, 2015

A. Hadi Bertindak Batal Permohonan Halang Bentang Hudud.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfail permohonan batal tuntutan halang beliau bentang rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan permohonan membatalkan tuntutan menghalangnya daripada membentangkan rang undang-undang persendirian hudud di Dewan Rakyat atas alasan langkah itu tidak mengikut perlembagaan.

Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata permohonan 4 plaintif berkenaan tidak ada merit dan remeh dan menyusahkan serta menyalahgunakan proses mahkamah.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad akan mendengar permohonan itu pada 28 September depan.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berkata pada tarikh sama mahkamah akan turut mendengar permohonan injunksi plaintf untuk menghalang speaker Dewan Rakyat daripada membenarkan rang undang-undang itu dibahaskan sehingga tuntutan itu selesai di mahkamah.

Shamsul yang mewakili Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan 3 yang lain memberitahu pemberita mengenai prosiding hari ini berikutan ia dijalankan di dalam bilik.


"Kami akan sokong permohonan Hadi," kata Shamsul.

Peguam Datuk Takiyuddin Hassan yang juga setiausaha agung PAS dan ahli Parlimen Kota Baru, mewakili Hadi. Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin, yang memfailkan permohonan itu pada 8 Jun memohon pengisytiharan cubaan Hadi membentangkan rang undang-undang itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Selain Hadi, Pandikar, responden lain ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee dan Setiausaha Parlimen Datuk Ismail Mohamad Said.
Peguam Siti Kassim yang mewakili 4 pemohon berkenaan berkata permohonan itu berdasarkan kepada rang undang-undang itu tidak berperlembagaan, iaitu Hadi mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 yang mentadbir skop hukuman oleh mahkamah syariah.

Katanya, rang undang-undang persendirian itu adalah cubaan "pintu belakang" untuk mengubah perlembagaan, memberi amaran cadangan rang undang-undang itu akan memberi kesan lebih besar, bukan sahaja di Kelantan tetapi seluruh umat Islam di Malaysia.

"Ini secara teknikalnya meminda perlembagaan kita. Ia bukan saja mengenai Kelantan. Jika rang itu diluluskan, ia akan membenarkan umat Islam di Malaysia dihukum mengikut tafsiran mereka terhadap undang-undang syariah, "katanya sebelum ini.

Keempat-empat pemohon juga mencabar cubaan Hadi untuk memperkenalkan rang undang-undang itu juga melanggar manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang digariskan dalam "Buku Jingga".

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS pada Mac lalu meluluskan pindaan Enakmen Kanun Acara Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) untuk membuka laluan kepada negeri pantai timur itu melaksanakan undang-undang Islam yang antara lain memperuntukkan hukuman rejam hingga mati bagi kesalahan berzina dengan pasangan berkahwin, sebatan antara 40 hingga 80 kali kerana minum arak dan potong tangan kerana mencuri.

Bagaimanapun, pindaan terhadap undang-undang persekutuan perlu dilakukan sebelum hudud boleh dilaksanakan di negeri pantai timur. Hadi menyerahkan notis untuk membentangkan usul mengenai rang undang-undang persendirian itu pada persidangan pertama Dewan Rakyat, 18 Mac lalu.

Walaupun ia disenaraikan dalam senarai aturan mesyuarat, ia tidak dibentangkan dan dibahaskan. Hadi sekali lagi menghantar rang undang-undang itu sebelum persidangan kedua bermula tahun ini pada Mei. Sekali lagi, walaupun ia tersenarai, rang undang-undang itu tidak dibahaskan sehingga Dewan Rakyat ditangguhkan pada 18 Jun.

Mengikut konvensyen, urusan kerajaan diutamakan dan perlu dihabiskan sebelum mana-mana rang undang-undang persendirian ahli boleh dibahaskan. - 27 Julai, 2015. (TMI)

4 comments:

Anonymous said...

Apa sudah jadi sepatutnya RUU ini dibahaskan didewan bukan tuan hakim pula yang akan mendengar hujjah dari hadi.Dulu semasa dengan PR diminta berbincang hadi kata dia lebih berkuasa sekarang apa sudah berlaku dimana penyokong UMNO yang sokong untuk dibahask tu,Sudah kena kencing la.

Alii Tan said...

Dah alah malu dengan rakyat, kena la tunjukkan yang beliau memang mampu buat begitu. Cuba saman pada orang2 yg telah memberikan janji untuk pembentangan tersebut. Ini bila jumpa Najib kecut perut nak cakap tapi bila jumpa DSAI punyalah mendepang dada "akulah hero, aku tak perlu nak bincang dengan rakan2 Pakatan, membuang masa aje". Nahhh sekarang awak malu sendiriiiii. Kalau huduh tak dibincangkan juga, baik awak ketepi aje. Juga harun din. silalah berbuat perkra yang sama.

Anonymous said...

Bosan la korg ni.. pondan, bacul dan hanya pandai memberi komen negetif sahaja.. nk harap korg utk laksana hukum syariah? sampai bila2 pun tak akan buat.. asyik dgn alasan bodoh je.. cukup2 la tu, esk lusa belum tentu kita masih bernyawa..

IrWrWs said...

Hanya orang sekular tidak selesa dgn hudud ..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails