Monday, July 27, 2015

'Saya Setia Bersama Pas!' -Salleh Man Pulak...



PERMATANG PAUH - Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man Mat Aji menegaskan masih bersama Pas dan sesekali tidak akan meninggalkannya. Beliau berkata, kehadirannya dalam majlis rumah terbuka Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) di Komtar beberapa hari lalu sekadar memenuhi jemputan dan kapasitinya sebagai pegawai dalam kerajaan negeri.

"Saya hadir majlis itu dan ini tidak bermakna saya menjadi ahli Harapan Baru. Mereka jemput saya dan saya datang sebagai seorang pegawai kerajaan negeri.
"Dalam soal ini, sehingga hari ini saya masih ahli Pas dan tidak akan meninggalkan parti ini," katanya kepada media selepas menghadiri Rumah Terbuka Anjuran Parlimen Permatang Pauh di Permatang Pasir, hari ini.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

Mengulas mengenai sumpah ba'iah, Salleh Man berkata, tidak pernah mengangkat sumpah itu walaupun sudah tujuh kali bertanding dalam pilihan raya.

"Seingat saya tidak pernah mengangkat sumpah itu. Setahu saya sumpah bai'ah tidak ada di negeri ini.
"Yang ada hanya sekadar lafaz ikrar biasa dan bukan sumpah bai'ah," katanya.  - Sinar 

2 comments:

Anonymous said...

Tolong balik rumah dan tuan tolong cek betul2 sumpah baiah yang telah tuan ikrar dulu,Pandang isteri dulu jangan main2 nanti tuan teringin untuk GHB nanti haru jadinya,Dan cekalkan hati untuk tidak kelaur dari Pas selamanya,Jadi senang bagi pihak GHB mencatitnya nanti,bahawa saleh Man hendak kekal dalam Pas selamanya dan senang pihak DAP nanti nak bertindak bila dah tertubuh Pakatan 2 nanti.

Anonymous said...

Bagitulah keadaan takutnya pemimpin PAS hari ini dengan GHB hingga ahli sendiri yang berjawatan dijemput sebagai tetamu pun dipersoalkan kehadirannya ,kenapa itulah kesannya dari kebodohan dan ketololab presiden mengawal penyokong dan pengikutnya .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails