Thursday, February 14, 2013

Nostalgia Banggul Peradung... Aishah & KS Bawani





KUALA TERENGGANU: Mulai semalam hingga Sabtu ini, semua penyokong dan pimpinan PAS Terengganu berkampung untuk program PAS Ganti Umno (PGU). Kali ini, Kampung Banggul Peradung yang terletak di DUN Telok Pasu yang terkenal dengan "Amanat Haji Hadi' telah dijadikan tapak perhimpunan PGU yang terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13.

Di kampung inilah pada awal tahun 1980an dahulu, Amanat haji Hadi direkodkan dan dijadikan modal kempen Umno untuk memberikan imej negatif kepada PAS. Namun, PAS telah menjadikannya sebagai tapak untuk menyerang kembali Umno dan bakal menggantikan parti yang disifatkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai sudah busuk hingga ke usus itu.
Semalam, program bermula sejak jam 10 pagi lagi dengan karnival jualan dan aneka permainan kanak-kanak. Malam tadi, hiburan alternatif dipersembahkan oleh penyanyi dari Shoutul Amal, Iwan Shahman, Pondok Darul Muhajirin dan juga Dikir Barat Jen KL dan Megat Nordin.

Pagi ini, program  khas dengan beberapa selebriti diadakan termasuk bertemu muka dengan KS Bawani, gadis India yang menggoncang negara melalui video klip listen! listen! Listen!. Turut serta adalah Aishah dan juga Dr Khairudin at-Takiri. Petang ini pula dipersembahkan pentomen dan nasyid manakala malam ini ceramah NGO akan diadakan di sini.

Besok pula akan diadakan larian ekspedisi hijau PGU dan pertandingan bola sepak.  Malam esok pula akan diadakan ceramah khas oleh Datuk Dr Haron Din (timbalan mursyidul am PAS), Haji Mohamad Sabu (timbalan presiden PAS) dan Datuk Nasrudin Daud (Speaker DUN Kelantan)

Sabtu 16 Februari pula adalah hari kemuncak PGU ini dan majlis perasmian akan diadakan pada sebelah petangnya. Ia bermula dengan pelbagai permainan, ekspresi muslimat, ziarah perubatan pada sebelah pagi dan jamuan rakyat pada tengaharinya.

Majlis perasmian PGU ini akan bermula pada sebelah petang di mana ia akan dirasmikan sendiri oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malamnya pula akan ada ceramah umum yang akan diberikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi serta beberapa pimpinan yang lain. (IH/Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails