 PENGGUNA
PENGGUNA
KL 14 Nov 11:  Kementerian Kesihatan hari ini  menjelaskan sehingga sekarang lebih  kurang tiga juta rakyat Malaysia  mengidapi penyakit diabetes, dan ia  tidak termasuk mereka yang belum  lagi membuat pemeriksaan di hospital.
Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk   Rosnah Rashid Shirlin sewaktu menjawab soalan lisan di Parlimen hari   ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) yang  mencelah  ketika sesi jawab lisan itu meminta pihak Kementerian  Kesihatan  memantau serta mengambil tindakan segera ke atas minuman  dalam tin dan  juga kotak yang diketahui mempunyai kandungan gula yang  tinggi.
"Kita melihat dengan peningkatan pengidap pesakit  diabetes ini semakin  meningkat setiap tahun dan bagi saya ia adalah  amat merunsingkan kepada  semua pihak.
"Apa yang ingin saya  nyatakan adalah kita melihat kandungan gula di  dalam air minum tin dan  juga kotak adalah sangat tinggi, malah ini  diakui para doktor yang  merawat pesakit diabetes yang menyarankan agar  pesakit mengelak dari  mengambil minuman tersebut," jelasnya.
Tambahnya lagi, melihat  kepada saranan yang sentiasa diberitahu oleh doktor itu, beliau meminta  pihak kementerian mengambil tindakan seriua  bagi memantau syarikat  pengeluar agar memastikan kandungan gula dapat dikurangkan pada minuman  keluaran mereka.
"Kita tahu kandungan gula begitu tinggi dalam  minuman tersebut dan saya  berharap kementerian perlu bertindak segera  bagi memastikan syarikat  terbabit dapat mengurangkan kandungan gula di  dalam minuman mereka.
"Melalui tindakan sedemikian kita bukan  sahaja dapat menyelamat mereka  yang mengidap penyakit diabetes malah  dapat mengurangkan peningkatan  pegidap-pengidap baru.
"Begitu  juga minuman kotak dan tin yang dijualkan di sekolah, pihak  kementerian  perlu bertindak ataupun melarang terus penjualannya,"  sambungnya lagi.
Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Kesihatan  menjelaskan bagi  penjualan minuman di peringkat sekolah pihaknya akan  membuat pemantauan  terus melalui kerjasama Kementerian Pelajaran  Malaysia.
Manakala pemantauan kepada syarikat pengeluar minuman tidak ada prosedur   khusus ditetapkan bagi memastikan pengurangan gula perlu dipatuhi'.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Adakah minuman dalam tin yang mengandungi kandungan gula yang tinggi itu  termasuk Coca-cola? Kalau begitu rakyat perlu teruskan kempen boikot  coca-cola! Coc-cola jahat terhadap kenidupan manusia.
Lihat sebelum ini...
- Boikot Coca-Cola! Kami Tidak Bangga Kilang Di NS..
- Coca-Cola - Ajak Peminum Jadi Murtad.
- Hina Islam, Melalui Iklan Coke Di Eropah
- Pepsi Adalah 'Pay Every Penny to Save Israel.'
- Ada Kesan! Teruskan Lagi Boikot...
- Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola
- Coca-Cola - Ajak Peminum Jadi Murtad.
- Teruskan Boikot, Banyak Syarikat Israel Bungkus.

 
 

No comments:
Post a Comment