Tuesday, November 15, 2011

Dr Mujahid? B/Islam PAS, Sasar Kerusi Campuran..


Gambar Hu Pang Chaw

KL, 15 Nov 11: PAS melobi untuk mendapatkan kerusi-kerusi bersifat campuran bagi membolehkan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diletakkan dalam pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan PAS tidak mahu meletakkan calon DHPP di kawasan-kawasan yang ia pernah bertanding memandangkan kebanyakan bahagian terbabit adalah majoriti pengundi Melayu.

“Mereka boleh bertanding di bawah bendera parti. Itu tiada masalah. Masalah sekarang ialah kesemua kerusi kami majoriti Melayu. Bagaimana mereka boleh bertanding di sana?” kata seorang anggota biro politik.

Beliau juga berkata daripada 66 kerusi Parlimen PAS bertanding pada Mac 2008, hanya Kota Raja di mana Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan penyandang dari MIC merupakan kawasan majoriti bukan Melayu.

Pada Julai lalu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa PAS menyasarkan kerusi dimenangi enam calon PKR tetapi meninggalkan parti itu kemudian dan juga kerusi-kerusi lain seperti Kuala Kedah dan Machang. Machang disandang oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perhatian Untuk DHPP.

Maaf, Dr Mujahid, Mengapa DHPP tidak seperti dulu?

Bagus tu. Tetapi kenapa selepas Kelab Penyokong PAS (KPP) naik jadi dewan DHPP), kegiatannya sudah tak aktif lagi? Tidak serancak dulu lagi.. Apa lagi dalam kes hudud bari-baru ini, kenyataan Hu Pang Chaw (Ketua Dewan Himunan Penyokong PAS) seolah-olah bercanggah dengan kepimpinan PAS.

Perkara ini perlu diselidiki, supaya jangan jadi bara 'api dalam sekam'. Perlu diselesaikan segera, di mana salahnya. Saya (Editor Ibnu Hasyim) tidak sebut perkara itu semasa suasana panas dulu. Maaf ustaz Mujahid.. Ustaz yang gigih menaikkan dulu, mengapa setelah naik Ustaz tinggalkan? Blog Ibnu Hasyim cuma lontarkan pandangan.. Maaf, saya tidak tahu, cuma berharap tiada permainan apa-apa di balik ini.... Wallahu aklam. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails