Monday, November 14, 2011

Siti Norhaliza Minat Negara Kebajikan PAS?

HALMAN HIBURAN
Artis Turut Bincang Negara Berkebajikan
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sesiapa juga tidak perlu bimbang jika PAS menang dan membentuk negara berkebajikan.
"Siti Nurhaliza dan artis-artis lain juga boleh terus menyanyi dan terus bergiat dalam bidang masing-masing jika PAS memerintah negara.
'Malah nasib mereka akan lebih terbela jika berada di bawah pemerintahan PAS, selaras dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan itu," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Tambahnya, konsep Negara Berkebajikan berbeza dengan negara kebajikan kerana Negara Berkebajikan adalah penekanan kepada keadilan dan ihsan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan.
"Di bawah kerajaan yang seperti itu yang ingin dilaksanakan oleh PAS, keadilan yang ditekankan bukan hanya kepada sesama umat Islam, tetapi juga orang bukan Islam," kata ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Konsep Negara Berkebajikan pada Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, Kuala Lumpur hari ini. (Ahad 13 Nov 11)
Ternyata semua lapisan rakyat termasuk artis dan sesiapa juga amat tertarik dengan konsep Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh PAS. Hanya Umno/BN sahaja yang tidak dapat menerima konsep tersebut kerana mereka tahu dalam negara kebajikan tiada peluang untuk mereka melakukan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. (IH/http://nizar-coretanku./mutaligat/Harakah)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

3 comments:

Anonymous said...

salam ukhuwah...

wah nak dekat pilihanraya pon semua pon bole ek...suara wanita bukan aurat ke???nak bangunkan hudud mcm mana mana ni Tuan Man???sekejap cakap lain sekejap cakap lain pulak...relevanke PAS nak perjuangkan Islam kat Malaysia nie atau hanya nak berkuasa je??

Anonymous said...

Siti Nurhaliza hari ini menafikan bahawa beliau berminat dengan politik Pas dan berbincang denagn pemimpin Pas. Menurutnya sebuah blog pro- Nizar telah memfitnah Siti Nurhaliza dengan sengaja meletakkan nama dan gambarnya seolah-olah beliau sudah masuk bidang politik dan menyokong pembangkang.

ps....Sape yang menipu ni?????

"Ingin dimaklumkan bahawa saya belum terfikir untuk menceburkan diri dalam bidang politik terutamanya parti Pas dan apa yang telah dinyatakan di Blog pro- bekas Menteri Besar Perak adalah fitnah semata-mata", kata Siti Nurhaliza.

"Kemungkinan blog berkenaan ingin menarik pembaca membaca blognya tetapi janganlah memfihnah saya", kata Siti lagi.

Ini menunjukkan pakatan rakyat telah ketandusan idea dan isu sehingga sanggup memfitnah orang lain yang langsung tidak kena-mengena dengan politik Pas.

Anonymous said...

PAS ni bukan boleh pakai, tak guna, sibuk politik sepanjang masa, mereka mana peduli hal pembangunan ekonomi dan lain-lain keperluan rakyat, hari-hari politik, ceramah sana sini. Ajaran Islam jenis apa yang dia pegang entahlah puak PAS ini, sanggup buat apa saja demi politik, fitnah pun tak apa demi kepentingan politik mereka, tahap asobiyah benar PAS ini. PAS = Parti Asobiyah Se-Malaysia. PAS = Parti Anjing Suruhan (kepada DAP).

Makin hari makin teruk PAS ini, berlagak alim dan warak, tapi zalim dan haprak, tak gunalah pakai serban dan jubah, pakai seluar dalam dan singlet sajalah, serban dan jubah itu lebih baik lempar dalam kandang babi, tak sesuai untuk golongan perosak dan pemfitnah dan pemecah masyarakat seperti tok guru dan ustaz serta z'alim' ulamak PAS ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails