Thursday, November 17, 2011

ISA Masih Digunapakai, 10 Aktivis Islam Ditahan.

Mereka ini juga dituduh JI di Indonesia (Indonesia ji jail 2011 06 27. SEMARANG,)

KL 17 Nov 11: ISA masih digunapakai. Semalam PAS Sabah menuntut supaya semua tahanan aktivis Islam di Tawau dibebaskan serta merta tanpa syarat. Pesuruhjayanya, Mohd Aminuddin Aling berkata, masyarakat seluruh Tawau gempar dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di daerah itu pada hari Isnin, 14 November lepas.

Hari ini Kosmo melaporkan, seramai sepuluh individu yang dipercayai anggota kumpulan Darul Islam (DI) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas disyaki terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Kesemua mereka yang terdiri daripada warga tempatan, Indonesia dan Filipina itu ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Tawau, Sabah sejak Isnin lalu sehingga kelmarin.

Menurut berita itu lagi, satu sumber keselamatan berkata, siasatan awal percaya mereka yang berusia 20 hingga 50-an itu dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan militan DI di Indonesia dan selatan Filipina.

Sumber keselamatan itu berkata, ISA masih sah diguna pakai sehingga kerajaan mengumumkan ada akta baharu bagi menggantikan ISA yang bakal dimansuhkan sepenuhnya.

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails