Friday, November 18, 2011

Hudud: Kedah Tunggu Kelantan Dulu..

MB Kedah

KL 18 Nov 11: Kerajaan Kedah akan menunggu Kelantan melaksanakan undang-undang hudud terlebih dahulu sebelum melaksanakannya, Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Taulan Rasul berkata mereka mahu melihat kejayaan pelaksanaan undang-undang itu di Kelantan yang telah diluluskan di negeri itu.

"Kelantan dah luluskan Enakmen Jenayah Syariah dan menunggu kebenaran kerajaan pusat. Kerajaan pusat masih belum memberi kebenaran," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Sultan Kedah ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah dan Rang Undang-Undang Peruntukan 2012 oleh Kerajaan Negeri di Alor Setar, semalam.

Beliau berkata undang-undang Islam adalah satu kewajipan terhadap umatnya dan perkara itu tidak sepatutnya dipermainkan oleh mana-mana pihak.

"Apa yang berlaku di Kelantan adalah masalah pelaksanaan. Kalau Kelantan boleh melaksanakannya, ia boleh berjalan dengan baik," katanya. - Bernama

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

2 comments:

Anonymous said...

tunggu laaa..20 tahun lagi...wa ka ka ka...dah 20 tahun perintah klate..baru nak tubuh jawatankuasa nak bentuk hudud..apa punya bengong daa...

Anonymous said...

aik main tunggu2 plak...aritu beria2 canagkan dah laksana...apa ulama ada kat kelantan je ke??kedah dah xleh nak wat pulak...sudah2 la permainkan hukum ALLAH nie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails