Tuesday, November 15, 2011

KTMB Akan Dijual, Putrajaya Ulang Silap 1997?


KL, 15 Nov 11: Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad hari ini menggesa kerajaan tidak membenarkan sebarang usaha pengambilalihan syarikat pengangkuatan awam itu oleh pihak luar. Pendekatan yang dipercayai akan dilakukan dalam waktu terdekat.

Presidennya Abdul Razak Md Hassan berkata, pihaknya ada menerima maklumat kajian sudah dimulakan bagi membolehkan ia diambil alih dan jika menjadi kenyataan usaha tersebut merupakan kali kedua selepas pengambilalihan 1997-2002 yang berakhir dengan kegagalan.

The Malaysian Insider difahamkan konglomerat perkhidmatan pengangkutan yang semakin mengembangkan sayapnya sedang meneropong proses pengambilalihan KTMB.

“Kesatuan mengambil pendirian ini setelah mendengar khabar bahawa ada pihak-pihak yang sedang berusaha untuk mengambil alih KTMB, tindakan ini telah menimbulkan rasa kurang senang pihak kesatuan seterusnya melahirkan bantahan awal terhadap usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh pihak yang mana berkenaan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

KTMB diswastakan pada 1992 dan kini mempunyai kira-kira 5,600 pekerja.

Abdul Razak berkata kesatuan merasakan tindakan sedemikian bukan satu unsur yang bijak kerana KTMB adalah perkhidmatan sosial yang memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Oleh itu katanya, percubaan pengambilalihan akan mendatangkan implikasi kepada pekerja, KTMB malah kepada rakyat sendiri, malah usaha-usaha sedemikian seolah-olah mempunyai maksud tersirat.

Sebagai bukti kata beliau, antara 1997 hingga 2002 Konsurtium Marak Unggul Sdn Bhd telah mengambil alih kontrak pengurusan KTMB dengan usaha pada awalannya seolah-olah menggambarkan Konsortium Marak Unggul adalah sebuah syarikat yang unggul dan dilaporkan mampu memulihkan syarikat pengangkutan awam itu.

Malangnya kata beliau, usaha berakhir itu dengan ketiadaan hasil yang diharapkan.

Justeru kata beliau, kesatuan berpendirian bahawa usaha sedemikian hendaklah dihentikan, sebaliknya KTMB perlu bergerak secara sendirian oleh warga KTMB yang pakar dalam perkhidmatan KTMB, malah pihak kesatuan pernah menekankan agar ia dikembalikan kepada sektor awam manakala pekerja di letakan sebagai penjawat awam.

“RUM mengambil pendirian membantah tindakan atau sebarang usaha untuk menyerahkan KTMB kepada sektor swasta,” katanya lagi. (IH/MI)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

2 comments:

Anonymous said...

Jual sajalah

ahmad irfan said...

Saranan si bodoh, tidak fikir kepentingan negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails