Monday, November 14, 2011

Teruk Sangat BN, Jual Tanah Peneroka Pula.


KL 14 Nov 11: Terlalu teruk sangat BN, sanggup jual tanah peneroka pula Ini berikutn, cadangan menyenarai Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 merupakan cubaan kedua 'menjual tanah peneroka', kata bekas pegawai Bank Negara, Dr Rosli Yaakob.

Bercakap pada sidang meja bulat anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di Pejabat Agung PAS semalam, Rosli berkata cubaan pertama dibuat pada tahun 2004 di zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika itu ujarnya, Tun Mahathir membawa idea untuk menyenarai Felda Holdings Berhad ke Bursa Malaysia namun gagal setelah ditentang hebat oleh peneroka.

“Nampaknya cadangan ini menggantikan cadangan Tun Mahathir untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad pada 2004, namun dibantah peneroka Felda. Kalau dulu Felda Holdings Berhad dicadangkan tapi kali ini syarikat yang memiliki 49 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad pula dicadangkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, apa yang lebih dibimbangi adalah nasib peneroka selepas ini yang bakal kehilangan tanah akibat dari penyenaraian tersebut.

"Penyenaraian ini jika berlaku bermakna mendedahkan tanah milik peneroka felda kepada bukan peneroka dan pelabur asing.

"Ianya ibarat seperti menjual angsa yang mengeluarkan telur emas," katanya dihadapan kira-kira 20 orang yang turut serta dalam sidang meja bulat itu.

Selain Rosli, turut serta sebagi panel adalah bekas penolong kanan pengarah Kastam Malaysia Razman Ramli manakala pengerusi sidang itu adalah Presiden Anak, Mazlan Aliman.

Projek gali kubur peneroka

Sementara itu, bekas naib presiden kanan Felcra Datuk Ramleli Buyong menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd di Bursa Malaysia sebagai “projek gali kubur peneroka.”

Katanya, ianya merupakan satu projek 'berniat jahat' yang hanya akan memangsakan peneroka dengan memberi janji 'kekayaan sementara' kepada mereka.

Sambil menceritakan apa yang pernah berlaku kepada peserta Felcra, beliau tidak menolak nasib sama akan menimpa peneroka felda jika penyenaraian itu benar berlaku.

“Saya teringat gerakan dalam Felcra ketika itu Datuk Hamzah Zainuddin (pengerusi Felcra), saya dan kumpulan saya menentang keras cadangan itu.

“Penyenaraian adalah jahat, ia projek menggali kubur peneroka. Dalam penyenaraian biasanya orang kata untuk cari modal tapi sebenarnya nak tampung biawak hidup yang ada," katanya (IH/Harakah)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

5 comments:

Anonymous said...

Betulkah FELDA nak jual tanah peneroka atau PAS dah terdesak nak cari isu murahan untuk burukkan kerajaan? Sudah terang lagi bersuluh bahawa tak ada pun bukti jelas dan sahih bahawa ada jualan tanah peneroka oleh FELDA sebab FELDA tidak boleh jual tanah peneroka kerana atas geran nama peneroka, bukannya nama FELDA, malahan FELDA hanya memajukan tanah peneroka saja. Sudah terang lagi bersuluh ANAK nak menipu masyarakat Felda demi kepenting politik tahap longkang, buat tipu pun puak perosak ini sanggup demi undi katakan, kebenaran lempar ke kandang babi, inilah pegangan PAS.

Dulu tuduh FELDA bankrap, tapi FELDA beri bantuan macam-macam pada peneroka, malahan macam-macam kemudahan disediakan oleh FELDA di tanah rancangan serta bantuan kepada anak-anak peneroka untuk belajar hingga peringkat tinggi, maka gagal tuduhan tahap fitnah oleh para tok guru dan ustaz politik, sekarang buat lagi fitnah terbaru, Felda kononnya nak jual tanah peneroka, tuduhan bodoh dan gila, sebagaimana yang saya terangkan di atas, geran nama peneroka, macam mana Felda boleh nak jual? Itulah pemikiran bodoh tahap babi yang dimiliki oleh pengikut Parti Anjing Suruhan (kepada DAP) ini, sanggup buat apa saja demi kepuasan nafsu serakah, tak gunalah pakai serban dan jubah, lebih baik padai seluar dalam dan singlet sajalah, kononnya nak perjuangkan keadilan dan Islam, tapi lihat kelakuan macam orang jahat dan perosak sajalah. PAS PIS PUS, penipu dan perosak.

Anonymous said...

PAS merampas tanah Orang Asli dan penduduk kampung di Kelantan apa cerita? Kononnya nak buat Ladang Rakayt, tapi lepas sapu balak, biarkan tanah rakyat begitu sahaja, lagi teruk pergi tebas semua tanaman rakyat kemudian pajak kepada syarikat dari Singapura, apa kejadahnya ini semua? Ini tak mahukah ANAK dan Mazlan Aliman nak tegakkan kebenaran? Itulah, tak guna pakai serban, lebih baik pakai seluar dalam dan singlet sajalah, serban dan jubah pergi lempar dalam kandang babi, tok guru konon, tapi penipu, perosak, penindas, penyeleweng, kononnya nak tegakkan Islam, tapi memperalatkan Islam untuk kepentingan politik, itulah PAS perosak yang sangat merosakkan.

ramlahtkg said...

Salam Ukhwah dan Salam Silaturrahmi.Saya selalu mengikuti catatan saudara.Tapi tak tahu nak daftar.Alhamdulillah..hari ni ..baru .ok.Semua kuasa Allah SWT.

ramlahtkg said...

Rakyat kenalah jadi seorang yg bijak.kerana Allah telah kurniakan setiap insan..akal yg waras yg tidak ada pada haiwan.Justeru itu..berfikirlah mengikut kehendak Al-Quran dan Sunnah.Carilah pemimpin yang boleh menolong rakyat untuk berada di landasan kebenaran.Bukan pemimpin yang hanya menjadikan rakyat sebagai ayam daging..bila cukup tempoh..disembelih.TQ

Anonymous said...

dah disebutkan bahawa penyenaraian FGV tidak akan melibatkan seinci pun tanah peneroka. Ini bukan model baru tapi model lama yang dah dibuat Felcra untuk pekebun kelapa sawit. Apa tanah yang tergadai di Felcra nun? Otak tak nak guna

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails