Monday, November 14, 2011

S'pura: Penari Bogel & Masyarkat Konservatif


PENARI bogel separuh masa, Bryan Tan menunjukkan kostumnya di sebuah apartmen di Singapura kelmarin.

Penari bogel laris di Singapura

SINGAPURA – Khidmat penari bogel mendapat permintaan tinggi di Singapura walaupun aktiviti tersebut menyalahi undang-undang negara.

Sungguhpun polis mempunyai kuasa menyerbu mana-mana tempat termasuk kediaman persendirian yang disyaki menjalankan aktiviti tidak senonoh itu, ia gagal menghalang penari-penari bogel Singapura daripada mengiklankan perkhidmatan mereka.

Kebiasaannya para penari bogel di Singapura terdiri daripada pekerja kolar putih berusia dalam lingkungan 20-an. Mereka menjadi penari eksotik selepas waktu pejabat untuk memenuhi permintaan golongan heteroseksual dan juga gay di pulau berkenaan.

Pemilik agensi hiburan tempatan 2niteok Entertainment, Bryan Tan yang menjadi penari bogel selama lapan tahun berkata, perkhidmatan tarian itu mendapat permintaan tinggi kalangan penduduk pulau berkenaan.

“Tarian bogel adalah biasa di Barat tetapi kini ia semakin digemari di Singapura,” kata Tan yang bekerja sebagai pegawai pentadbiran pada waktu siang.

Menurut laman web syarikatnya, caj untuk melanggani tarian separa bogel ialah Sg$300 (RM736) untuk persembahan selama 20 minit manakala bayaran Sg$400 (RM981) dikenakan untuk tarian bogel sepenuhnya. Bagi penari bogel wanita pula, mereka biasanya memakai coli dan seluar dalam semasa melakukan persembahan.

“Lelaki lebih gemar melihat wanita memakai pakaian berbanding berbogel sepenuhnya,” kata seorang eksekutif wanita, Jasmine Tan, 28, yang menjadi penari bogel untuk tiga atau empat kali sebulan.

Rata-rata penari bogel di sini merahsiakan pekerjaan sampingan mereka daripada keluarga kerana budaya masyarakat Singapura yang masih konservatif. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cuba faham betul-betul apa maksut tersirat dari kata-kata dari AFP ini? "..penari bogel di sini merahsiakan pekerjaan sampingan mereka daripada keluarga, kerana budaya masyarakat Singapura yang masih konservatif."

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

5 comments:

Anonymous said...

Macam PAS jugalah, bila berceramah depan penyokong bergegar pentas ceramah kononnya perjuangkan Islam dan bumiputera, tapi bila depan DAP, terkencing, ketar lutur dan mengeletar seluruh anggota hinggakan sanggup tandatangan "Kenyataan Bersama Pakatan Rakyat" yang menyatakan "HUDUD BUKAN AGENDA PAKATAN RAKYAT", yang tanda tangan itu bukan sembarangan, tok guru PAS, Presiden PAS. Lihat dalam isu negara Islam, UMNO melalui mantan presiden dan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengishtiharkan Malaysia sebagai Negara Islam semasa perhimpunan agung parti Gerakan pada lewat 1990an dulu, tapi lihatlah diri PAS, terkucil dan terketar-ketar seluruh anggota bila berhadapan dengan DAP hingga sanggup tandatangan "Kenyataan Bersama Pakatan Rakyat" yang menyatakan "HUDUD BUKAN AGENDA PAKATAN RAKYAT". Sudah jelas PAS adalah 'anjing suruhan' kepada DAP saja dalam Pakatan Rakyat, buatlah apa pun, kena minta kebenaran DAP dulu, inilah maruah PAS sekarang ini telah tercemar dengan teruknya hingga menjadi hina dan lebih busuk dari najis dan air longkang kerana sanggup jadi 'anjing suruhan' kepada DAP demi mendapatkan sokongan politik dari penyokong DAP masa pilihanraya, berapa kerat sangat penyokong DAP berbanding kehilangan puluhan malah ratusan ribu pengundi bumiputera terhadap PAS? UMNO konsisten dari dahulu hingga sekarang dan insyaAllah pada masa akan datang pun akan terus konsisten, bukan macam PAS sanggup jadi 'anjing suruhan' kepada DAP demi undi, kejarlah undi, ulamak konon, tapi penipu, dasar muka tak tahu malu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Encik Mohamad.

Anonymous said...

PAS = Parti Anjing Suruhan (Kepada DAP)

Parti Islam Se-Malaysia = PIS

Anonymous said...

Kisah tentang Pas : http://sh.wikipedia.org/wiki/Pas

Untuk lebih memahami, sila pilih bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Anonymous said...

Umno bodoh macam lembu..

kah kah kah

Anonymous said...

PAS pula bodo jadi 'anjing suruhan' DAP, yang gelakkan UMNO itu sama-sama bodo macam 'anjing suruhan'.

PAS dalam Pakatan Rakyat tak ubah macam 'anjing suruhan' DAP saja, apa DAP cakap PAS kena buat, apa PAS nak buat kena tanya DAP dulu, dah terang lagi bersuluh, PAS sememangnya 'anjing suruhan' DAP.

Tok Guru pun sibuk menyalak keluarkan 'fatwa politik' untuk bela DAP, dulu kerjasama dengan bukan Islam haram, sekarang sudah halal sampai boleh jadi 'anjing suruhan' macam PAS. Lepas itu boleh pula bukan Islam masuk masjid dan beri 'tazkirah', dulu kerjasama tak boleh, haram konon, sekarang boleh masuk masjid beri 'tazkirah', tak cukup dengan itu, boleh pula bukan Islam petik ayat Al-Quran untuk kempen politik, kononnya tarbiah, PAS memang bodo dan bangang, sampai bila-bila pun PAS akan jadi 'anjing suruhan' DAP selagi tok gurunya perangai asobiyah sanggup kawan dengan sesiapa saja yang dengkikan UMNO. PAS dengkikan UMNO sebab PAS tak dapat tempat di hati masyarakat, macam mana nak dapatkan sokongan masyarakat kalau sanggup jadi 'anjing suruhan' DAP, tak gemar teman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails