Thursday, November 17, 2011

Tahniah Harith Iskandar! Boleh Perkenalkan ...

HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon terkenal Harith Iskander (gambar) sudah setanding dengan pelawak antarabangsa apabila bakal membuat persembahan dengan pelawak tersohor dari luar negara itu seperti Sugar Sammy, Paul Ogata dan Vivek Mahbubani.

Menurut Harith, dia dan pelawak-pelawak itu termasuk pelawak dan pengacara dari negara ini Joanne Kam bakal berkongsi pentas dalam acara stand up comedy terbesar di Asia yang dinamakan 'Kings & Queen of Comedy Asia 2' di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 dan 19 November ini.

“Ini merupakan kali kedua saya terlibat dalam acara ini. Sebelum ini, saya pernah bertemu dan membuat persembahan dengan Paul Ogata di Singapura manakala yang lain adalah kali pertama.

“Memandangkan acara ini dilakukan untuk kali kedua, saya akan memberikan kelainan dari segi idea baru yang lebih menjurus kepada kehidupan saya selepas berkahwin dan isteri sudah hamil 6 bulan.

“Saya akan membuat persembahan secara solo dan begitu juga dengan pelawak-pelawak lain dalam tempoh 20 hingga 25 minit seorang,” katanya kepada mStar Online.

Sugar Sammy popular di India dan Kanada, Paul Ogata (Jepun/ Amerika Syarikat) dan Vivek (Hong Kong).

“Saya rasa setiap persembahan komedi yang dipersembahkan tidak jauh beza daripada budaya negara ini yang lebih dekat dengan orang Asia dan sesuai dengan penonton negara ini,” ujarnya lagi.

Para peminat boleh membeli tiket secara dalam talian dengan melayari www.ticketpro.com.my dan www.airasiaredtix.com.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah Harith Iskander. Cuba perkenalkan budaya Malaysia di luar negara, termasuk keharmonian kepelbagaian beragama.

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails