Monday, November 14, 2011

Barang Naik Mendadak, Tambah Subsidi -PAS

KL, 14 Nov 11: PAS mendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan tidak memberikan penjelasan jitu berhubung kenaikan mendadak harga barang pada musim perayaan.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, timbalan menteri, Datuk Tan Lian Hoe gagal memberi jaminan untuk memnambahkan subsidi untuk barang keperluan utama dan mengurangkan subsidi yang diberikan kepada syarikat korporat.

"Saya tanya apakah kerajaan bercadang menarik balik subsidi yang diberi kepada syarikat korporat seperti penjana tenaga bebas (IPP) sebanyak RM19 bilion sedangkan rakyat memerlukan subsidi terutama untuk barang makanan harian untuk mengurangkan beban mereka," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu juga berkata, kerajaan enggan mengakui kenaikan harga barang berlaku kerana sistem monopoli dalam pasaran iaitu tidak berlaku persaingan harga yang menyumbang kepada kenaikan harga barang khususnya barang keperluan utama seperti bersa, gula, dan minyak.

Katanya, kerajaan harus menilai kembali sistem ini agar tidak membebankan rakyat.

"Tak lama lagi rakyat berhadapan dengan suasana sesi persekolahan bermula, mesti berhadapan dengan tekanan yang lebih lebih-lebih lagi musim tengkujuh ada yang hilang punca pendapatan.

"Jelas BN yang berslogankan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" sebenarnya bukan rakyat yang didahulukan tapi rakyat didahulukan untuk dibebankan dan untuk menerima kesan," katanya.

Terdahulu, Siti Zailah membangkitkan perkara itu pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media sama menyifatkan jawapan timbalan menteri sebagai memalukan. Beliau berkata, kerajaan tidak seharusnya menjadikan bencana alam di luar negara sebagai alasan kenaikan harga barang sedangkan ianya berlaku sejak bertahun-tahun tanpa penyelesaian daripada kerajaan.

"Jawapan itu hanya memberi alasan yang bersandar kepada apa yang berlaku di luar negara iaitu tragedi banjir dan sebagainya.

"Sedangkan kenaikan harga barang ini bukan berlaku semasa banjir di Thailand tapi sudah berlaku sejak dahulu lagi.

"Jawapan tadi bersifat memalukan dan menunjukkan kerajaan tidak ada satu agenda yang jelas apa langkah yang harus diambil," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Justeru katanya, PAS menunutut kerajaan menambahkan subsidi makanan dan megurangkan subsidi kepada IPP.

"Kita menuntut kerajaan menambahkan lagi subsidi barang makanan sebab setakat hari ini subsidi makanan hanya RM3.25 bilion sahaja. Jadi terlalu kecil berbanding dengan subsidi kepada IPP. (IH/Harakahdaily)

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

1 comment:

Anonymous said...

barang naik mendadak pon salahkan kerajaan ke???banyak mana lagi subsidi yang perlu diberikan kepada org2 tengah nie yang tentunya ramai di kalangan org Cina yang majoritinya skrg menyokong DAP...buat apa nak kayakan org mcm nie lagi...kalau barang naik lagi patut PAS suruh org boikot peniaga tue bukan suruh kerajaan tambah lagi subsidi...ni la kononnya menjadi jaguh rakyat tapi mengayakan puak2 DAP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails