Tuesday, March 07, 2023

Isu dangkal, 'Mentega Terbang' & saranan A/Parlimen PN.

 


1. Isu dangkal untuk menyerang PAS semata

MATLAMAT mereka hanya satu untuk memperlihatkan PAS ekstrem. Itu sahaja. 

Sebelum ini anak-anak comel dan pintar dari PASTI diserang mereka. Ternyata gagal. 

pakaian pula. Ternyata gagal juga. 

Namun, terkini telah melibatkan dan menyusahkan pihak polis. Lebih tolol, siap ucap tahniah pada Menteri KDN ambil tindakan. 

Menarik perhatian aku juga, ada kelompok yang cuba memperlihatkan replika pedang itu sebagai Islam PAS yang ganas dan mahu perang.

Ini dangkalnya mereka walau berkulit luarkan ilmuan muda. 

Sedangkan replika pedang atau pakaian perang itu hanya salah satu replika daripada 8 kawasan.

Ada kawasan bawa replika pelantar minyak, melambangkan pembangunan ekonomi dan sumber asli. Kenapa tidak disyarah Islam PAS itu bangunkan ekonomi?

Ada kawasan yang membawa replika HADI, maskot PASTI melambangkan pendidikan. Kenapa tidak ditonjolkan Islam PAS itu perkasakan pendidikan?

Ada kawasan bawa bot penyelamat Jabatan Amal yang melambangkan kebajikan. Kenapa tidak diulas bahawa Islam PAS menjaga kebajikan? 

Ada kawasan bawa kuda dan personaliti berbusana lengkap Melayu, melambangkan budaya. Kenapa tidak ditiruskan Islam PAS itu mengangkat kebudayaan? 

Ada kawasan bawa replika bangunan Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran negeri melambangkan tatakelola yang baik. Kenapa mereka tidak mengatakan Islam PAS itu good governance?

Ada juga replika pesawat, kepala kereta api dan rumah, barangkali melambangkan pertahanan, pengangkutan dan perumahan. 

Yang mereka nampak hanyalah perang dan Taliban sahaja. Kerana itulah mental block dalam pemikiran mereka terhadap PAS yang cuba disahkan.

Sedangkan setiap kawasan membawa beberapa juzuk-juzuk utama dalam pembangunan sesebuah negara. 

Inilah wajah PAS mahu bawakan. Kepelbagaian. Bukannya keganasan. Bahkan suatu kesejahteraan yang merangkumi semua aspek. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 20/2/2023 


2. Serangan tersirat Mentega Terbang 

ISU UTAMA pada filem Mentega Terbang bukanlah hanya pada penghinaan yang sangat jelas kepada agama dan umat Islam.

Namun, isu yang lebih besar pada Mentega Terbang ini adalah pada kerisauan umat Islam khususnya golongan dewasa terhadap sasaran demografik filem ini. Umat Islam yang sudah memiliki dan memahami ilmu alat yang betul sudah pasti mempunyai hujah untuk mematahkan persoalan dimainkan dalam filem ini, bahkan mungkin bertambah keimanan dan semakin kuat akidah selepas menonton filem ini.

Tetapi bagaimana dengan golongan yang sedang mencari identiti, masih ‘kelabu’ dalam persoalan asas akidah dan tidak mahir ilmu alat berkenaan persoalan ketuhanan?

Mentega Terbang dirisaukan menjadi peletus untuk merosakkan lagi sistem berfikir golongan yang sedia ada keliru dan masih mencari-cari asas kebenaran. Acapkali golongan yang tersesat dalam isu akidah ini mempunyai premis pemikiran yang tidak konsisten. Sekadar mempersoal dan mempersoal tetapi premis pemikiran dan logiknya punah dan tidak sistematik. Akhirnya lahirlah golongan manusia yang tidak ubah seperti golongan berideologi Sofisme pada zaman Yunani kuno terdahulu.

Keluarga Aisyah iaitu watak utama dalam cerita Mentega Terbang (bahkan juga mungkin penulis skrip cerita ini) jelas mempunyai kaedah dan sistem berfikir dalam persoalan ketuhanan yang tidak betul sehingga memungkinkan mereka mempunyai fahaman Pluralisme. Iaitu semua agama itu pada hakikatnya benar dan semua agama menyembah tuhan yang sama. Kononnya keluarga Aisyah sering kali cuba mencari agama mana yang paling benar. Ayah pada watak utama pula memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anaknya untuk ‘mencari kebenaran’ tanpa membekalkan ilmu dan kaedah berfikir yang tepat kepada anaknya.

Tema ‘reincarnation’ yang cuba dijual dalam filem ini secara halus ingin menunjukkan watak utama Aisyah akhirnya menerima agama yang membenarkan kelahiran semula sebagai agama yang paling benar.

Maka ini yang kita risaukan apabila memikirkan barangkali ribuan ‘Aisyah’ di luar sana yang menonton dan ‘trigger’ dengan cerita ini. Mungkin ada sebab watak utama ditampilkan sebegitu rupa. Adakah supaya lebih senang ‘appeal’ kepada remaja yang dalam fasa memberontak, masih mencari identiti dan dalam fasa perkembangan psikologi dan intelektual?

Timbul pula persoalan lain, adakah kita ingin mengatakan orang Malaysia tidak kuat akidah? Dengan filem dalam talian pun kita hendak takut? Adakah iman kita selemah dan senipis itu? Adakah tidak cukup belajar Pendidikan Islam dari darjah 1 hingga sekolah menengah?

Jawapannya, untuk bab dan persoalan akidah ini kita perlu tegas. ltu sahaja prinsipnya. Andai ada cubaan untuk mengganggu dan melemahkan jati diri umat Islam, maka kita kena pertahankan betul-betul.

Kalau nak dibuat perumpamaan, pertahankan aqidah ini sama seperti pertahankan pantai yang sedang dihakis.

Apabila awal-awal kita sudah dah mula nampak kesan hakisan pada pantai adakah kita ingin biarkan sahaja? Adakah kita hendak tunggu seluruh pantai hilang dihakis baru hendak dibina tebing? Sudah tentu tidak perlu.

Jika ada duit, ada tenaga, projek lulus, maka projek pemuliharaan pantai kena dibuat. Begitu juga akidah, jika kita sedar ada cubaan menghakis, adakah hendak tunggu orang murtad baru kita hendak bertegas? Maka kita kena pertahankan sedari awal. Kemaskan sistem pendidikan, hidupkan masyarakat dengan ilmu agama dan kukuhkan rakyat dengan sistem pertahanan akidah yang paling ulung iaitu ilmu.

Sebab itu, cadangan untuk memperkasakan sistem pendidikan Islam, cadangan untuk memperkukuhkan Institusi masjid dan kekeluargaan sentiasa dilaung dan diusahakan. Sebagai pertahanan umat daripada cabaran sebegini.

Andai pendidikan kita sudah kukuh, nescaya kita tidak risau pun dengan filem Mentega Terbang yang menghina intelektual ini. Tetapi, oleh sebab kita tahu sejauh mana keadaan umat sekarang, maka sebab itu kita sensitif dengan cubaan-cubaan provokatif sebegini.

Kita sendiri mungkin, alhamdulillah sudah kukuh dengan pasak akidah kita. Namun, bagaimana dengan ribuan ‘Aisyah’ di luar sana? Sanggupkah kita merisikokan mereka rosak akidah gara-gara kita memperlecehkan filem sebegini?

UTHMAN CHE AZIZ
Pengerusi SiswaPAS Selangor – HARAKAHDAILY 6/3/2023



3. 10 isu utama Ahli Parlimen PN perjuangkan (1) 
BERIKUT adalah antara isu dan cadangan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) sepanjang sidang pada minggu ini (27 Februari – 2 Mac 2023):

1. Pengeluaran KWSP Bersasar.

Ahli Parlimen PN telah mencadangkan agar pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar dipertimbangkan kerajaan.

Impak pengeluaran KWSP secara bersasar ini adalah sangat besar terhadap pemulihan ekonomi, selain dapat membantu golongan yang memerlukan. 

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai, Tasek Gelugor, Pasir Mas, Putrajaya dan Arau.

2. Semangat federalisme yang semakin tempang.

Isu penyaluran royalti 5 peratus sumber petroleum yang disekat kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan, pemberian wang ihsan tanpa melalui kerajaan negeri serta status projek Kedah Aerotropolis adalah antara yang menjadi perhatian Ahli Parlimen PN.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Kuala Terengganu, Pokok Sena, Kuala Krai, Pendang, Padang Serai, Jerantut, Arau dan Sik yang menggesa agar kerajaan bersikap lebih adil dan menghormati semangat federalisme.

3. Peruntukan untuk Bumiputera.

Hala tuju kerajaan dalam memelihara kepentingan bumiputera terus menjadi tanda tanya apabila banyak program-program bumiputera ditarik balik.

Banyak persoalan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PN seperti Larut, Marang, Pasir Mas dan Kuala Krai bagi menuntut penjelasan apakah strategi kerajaan bagi membantu kaum bumiputera di negara ini.

4. Isu pertahanan negara.

Dato’ Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah menyatakan kekhuatiran dan meminta penjelasan daripada Kementerian Pertahanan mengenai peruntukan sebanyak RM17.7 bilion yang dilihat tiada peningkatan ketara berbanding jumlah peruntukan tahun lepas iaitu RM16 bilion.

PN mencadangkan supaya Kementerian Pertahanan menentukan pembelian aset mereka sendiri supaya tidak lagi berlaku ketirisan seperti sebelum ini.

5. Insentif kepada guru.

Nurul Amin Hamid, Ahli Parlimen Padang Terap telah membangkitkan isu insentif kepada guru gred DG41 yang melaksanakan tugasan di luar kelas dan usaha kerajaan dalam mengurangkan lambakan beban tugasan guru sehingga menyukarkan guru-guru untuk fokus kepada tugasan hakiki mengajar anak murid.

Lebih 10,000 guru berdasarkan laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada tahun lepas dan antara punca keadaan itu ialah isu bebanan tugas guru.

6. Kebajikan penjawat awam.

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menyeru kerajaan supaya tidak menjadikan dendam kepada penjawat awam susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Ahli Parlimen Gua Musang dan Sik turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya memperuntukkan RM700 kepada penjawat awam dalam Belanjawan 2023 berbeza dengan inisiatif baru yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

7. Peruntukan untuk Ahli Parlimen.

Tindakan kerajaan mengumumkan langkah-langkah penjimatan dengan mengurangkan perkhidmatan kepada rakyat adalah amat mengecewakan.

Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas telah mempersoalkan keputusan kerajaan mengurangkan peruntukan Ahli Parlimen dari RM3.8 juta kepada RM1.3 juta namun menaikkan perbelanjaan mengurus khususnya pada Jabatan Perdana Menteri sedangkan peruntukan kawasan untuk Ahli Parlimen adalah untuk kawasan bukan untuk Ahli Parlimen. 

8. Nasib golongan nelayan.

Nasib golongan nelayan perlu dibela dengan menaikkan elaun bantuan bulanan nelayan laut dan sungai kepada RM500 sebulan.

PN melalui Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Tasek Gelugor telah memohon agar kerajaan mempertimbangkan, menaikkan elaun sara hidup nelayan daripada RM300 pada RM500 sebulan dengan penambahan RM200.

9. Kebajikan doktor.

Dato’ Dr. Alias Razak, Ahli Parlimen Kuala Nerus meminta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada kementerian berhasrat untuk mengkaji semula struktur gaji serta kebajikan doktor dan petugas kesihatan sesuai dengan bebanan tugas yang dipikul mereka.

Dr. Abd Ghani Ahmad, Ahli Parlimen Jerlun turut meminta kerajaan, terutama Kementerian Pendidikan Tinggi menyatakan langkah mengatasi isu lambakan doktor pelatih kerana memberikan kesan terhadap hospital berikutan bilangan pesakit semakin bertambah.

10. Sistem model gaji progresif.

Cadangan Datuk Awang Hashim, Ahli Parlimen Pendang berhubung pelaksanaan sistem model gaji progresif di Malaysia telah disambut baik oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Menurut Datuk Awang, sistem penggajian minimum dilihat semakin tidak relevan apabila kos sara hidup semakin meningkat tanpa kawalan.

“Jika tidak dapat laksanakan secara menyeluruh, saya cadangkan agar ia dilaksanakan secara berperingkat, mungkin bagi beberapa sektor dahulu,” – Datuk Awang Hashim.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah 
Jabatan Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 5/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Isu dangkal, 'Mentega Terbang' & saranan A/Parlimen PN.

Tolak PH dan 'barua-barua'nya.. 

8 comments:

Anonymous said...

Ada ka patut liberal kata semua agama adalah sama.
Orang kristian pun tak kata kristian sama dengan agama lain.
Buddha pun tak kata agamanya sama dengan agama lain.
Hindu pun tak kata agama hindu sama dengan agama lain.
Cuma liberal jer yang paling dayus kata Islam sama dengan agama lain.

Sebab itu liberal menghalalkan hoi hoi ya hoi.
Meneutralkan rasuah.
Menerbitkan mentega terbang.
Jarum mengiktirafkan liberal sekular.
Dan demi angkat presiden parti liberal sebagai releven.
Siapa gurunya.....

Anonymous said...

Orang kristian pun tak kata kristian sama dengan agama lain.
Buddha pun tak kata agamanya sama dengan agama lain.
Hindu pun tak kata agama hindu sama dengan agama lain.
Cuma liberal jer yang paling dayus kata Islam sama dengan agama lain.

Yang dayus tu mcm Tun Mahathir dan Brother Anwar Bin Ibrahim.. anak beranak julang plakad COMANGO, LGBT, lisbo, Pluralisma Murtad ada yang sokong Syiah suka bicara pasal Islam tapi rupanya dlm diam bagi Pulau pada anak Lee Kwan Yew Dan jadi barua DAP@ LeeKwanYew dng retorik " acah acah power Melayu Islamik'".. Suma pemimpin ni pakat pakat mai dari Utara

Anonymous said...

Boleh ker mof jadi perkasa. Tiba tiba ada geng hoi hoi ya hoi dalam mof.

Payah nak percaya. Sebab tukang sapu sampah tak suka kebersihan.

Anonymous said...

Bersorak bukan main bising pengikut liberal. Kononnya kemenangan ph mendapat restu dari Allah.

Tapi jangan lupa yang zionist juga menang. Amerika juga menang. Adakah dapat izin Allah juga. Atau dapat bantuan dari iblis. Kalau dari Allah, maknanya tiada pembunuhan. Tiada kezaliman. Tiada guna bom dan tiada serang orang awam sampai mati.

Jadi renungkan kemenangan kerajaan perpaduan. Jika bantuan Allah, maka tiada gabungan hoi hoi ya hoi. Tiada rompakan royalti. Tiada bersunnahkan komunis dapig. Tidak ambil peruntukkan mp pembangkan.

Anonymous said...

Cuma PN/pas je tk menang - kne renungkan jugak..

Anonymous said...

Awas fitnah jijik Brother Anwar Bin Ibrahim terhadap PAS dan Hadi Awang serta Pakatan Nasional. Celah mana datangnya terorris nama ISIS Al Malaka celaka ini..!?

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah berkata polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap anggota mereka sendiri yang terlibat dengan kegiatan haram.

IGP sama bangang dengan ex IGP lantikan Tun Mahathir Mohamad si Amit Bedul yang menyatakan Jho Low bertukar jadi beruang Dan sampai sekarang IGP Acrylic Sani tak boleh cari Jho Low.. IGP Brother Malaysia rupa nya sama bangang dengan ex IGP Amit Bedul Tun Mahathir.

Bodoh yang melantun lantun kebangangan mereka semua..!! Dari pada buat fitnah jijik pada PAS Dan PN helok Akril cari Jho Low yang sampai ke sudah tak dijumpai lagi... Jangan ingat rakyat bodoh Dan dungu dengan fitnah jijik haramjadah yang tak berkesudahan... Rakyat dah menyampah dan rakyat dah meluat ...!!

Kenyataan beliau boleh ditafsirkan sebagai pengakuan bahawa bukan sahaja Polis Diraja Malaysia telah dikompromi, tetapi boleh diradikalkan oleh pelampau agama seperti Hadi Awang.

kebetulan selepas Hadi mendedahkan rancangan jahatnya untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar melalui pintu belakang, kumpulan tempatan yang terlibat dengan kumpulan pengganas ISIS menyebarkan propaganda di media sosial rancangan yang sama untuk menggugat kestabilan kerajaan dan mengambil alih negara.

Jelas sekali, ini adalah ancaman serius kepada keselamatan negara, yang diilhamkan oleh radikalisasi PAS. Di panggil "Pusat Media Al Malaka", dikaitkan dengan cawangan organisasi pengganas Negara Islam (IS) di Indonesia dan Filipina.

Lagi pelik berita ISIS Al Malaka ini tersebar setelah Brother Anwar Bin Ibrahim baru sehari selesai memgadakan lawatan ke Filipina..!!

Kandungan kumpulan itu, yang boleh didapati di web gelap, menunjukkan sokongan langsung kepada "parti politik radikal dan organisasi radikal yang ditubuhkan" - jelas merujuk kepada PAS (Parti Islam Se-Malaysia).

Kumpulan radikal itu menggunakan imej Menara Berkembar Petronas dengan bendera ISIS berkibar di bahagian atas bangunan pencakar langit itu. Mesej “Hari Penaklukan Segera Tiba” (hari penaklukan tiba tidak lama lagi) dipaparkan bersama jet pejuang yang terbakar.

Awas fitnah barua LeeKwanYew@DAP Brother Anwar Bin Ibrahim setelah PH dapat merasakan kekalahan teruk PRN Jun 2023 nanti.

Dari pada buat fitnah jijik pada PAS Dan PN helok Akril cari Jho Low yang sedang tepok tangan ketawa terbahak bahak sesama Melayu berantakan. Sampai ke sudah Jho Low tak dijumpai lagi bodoh sangat ke PDRM nih seko Jho Low pun tak bole tangkap... Jangan ingat rakyat bodoh Dan dungu dengan fitnah jijik haramjadah yang tak berkesudahan... Rakyat dah meluat ...!!

PRN Jun 2023 ini adalah masa terbaik untuk melingkupkan semua saki baki barua barua DAP@ LeeKwanYew

Anonymous said...

lama tak dengar budak tua yg bernama mazlan aliman, hilang kemana agaknya yer...
dulu khabarnya kamain kempen warga felda akan dijaga dan diberikan hak mereka setelah diperalatkan oleh ameno untuk sekian lama, last2 hutang peneroka yg dibatalkan pun dah ditarik balik..
nah munkin ada yg akan kata yg hutang itu mesti dibayar... itu betul dan tak boleh dinafikan akan tetapi faktor yg menjadi peneroka terpaksa berhutang itu sebenarnya adalah merupakan satu skim yg disengajakan dalam manipulasi pentadbiran felda yg mana juga telah menghisap darah hasil titik peluh peneroka dgn menetapkan kadar harga hasil yg lebih rendah dari harga pasaran dan bilamana peneroka cuba menjual hasil diluar pembeli khas felda mereka telah dihalang.

Tun Musa setelah bersara ini ada pernah mengatakan yg bahawa felda itu adalah alat umno untuk tujuan tertentu.

Selepas felda ada pula apa yg bernama felcra... nih satu lagi agensi bersifat scammer yg mengambil tanah orang melayu untuk menjadi ladang tetapi pemilik tanah tak seberapa perolehannya... menurut jiran aku yg tanahnya berkeluasan lima ekar hanya memperoleh hasil bersih sekitar seribu sehingga dua ribu sahaja setahun,, yalah katanya pehak felcra menurutnya itu setelah ditolak biaya pengurusan pentadbirran, pengurusan kebun dsb maka ianya berbaki kurang dari dua ribu untuk tanah yg penuh dengan tanaman sawit seluas lima ekar yakni hanya memperoleh paling tinggi empat ratus ringgit bagi setiap ekar untuk setahun atau rm50 sebulan bagi setiap ekar.
Kata pegawai felcra menurutnya mereka bakal menerima perolehan yg lebih bila sesudah selesai segala hutang pendahuluan penanaman yg dibuat oleh felcra, bagus juga bunyinua tu tapi yg sedihnya blamana hutang tersebut hampir nak habis maka pokok2 sawit dah tinggi dan tidak produktif lagi dan memerlukan tanaman semula dibuat, maka beulang semula kitaran hutang baru yg ditentukan oleh pehak felcra dan pemilik tanah kena la tunggu habis nya hutang baru untuk menikmati perolehan hasil kebun tampa ditolak hutang..
dan hutang itu pun akan cuma berakhir bilamana masa untuk menanam semula dah sampai waktunya.

bijak pehak felcra berniaga nih.. semacam sakau jer bagi aku bila dengar macam tu ceritanya.

Anonymous said...

Mentega terbang plus hoi hoi ya hoi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails