Monday, April 26, 2010

Awas, HP Tiruan, Anda Jangan Jadi Mangsanya..

PENGGUNA
pix_middle
GOMBAK, APR 26, 10: Hasrat menghadiahkan telefon bimbit baru kepada isteri dan ibu mentua sebagai tanda kasih sayang tidak disambut gembira, malah melukakan hati seorang kontraktor yang tersedar dia ditipu Geng Sabah yang dikesan aktif melakukan penipuan menerusi penjualan telefon tiruan atau jenis cap ayam kepada mangsa.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, 36, berkata kegiatan penipuan licik terbabit berlaku ketika dia berhenti untuk mengisi minyak di stesen Petronas tidak jauh dari Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Karak, dekat sini.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, dia dihampiri seorang lelaki berusia awal 20-an yang menyapanya sambil menunjukkan telefon bimbit Nokia model N97.

“Lelaki terbabit menawarkan telefon itu pada harga RM600 berbanding harga pasaran mencecah RM1,500.

“Dia mendakwa memperoleh bekalan telefon itu daripada hasil rampasan Kastam Diraja Malaysia (KDRM),” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Nizam, dia membelek telefon bimbit berkenaan dan yakin ia model tulen berdasarkan keadaan luarannya selain turut berfungsi seakan-akan model asli.

“Selepas berunding dan tawar-menawar hampir 10 minit, lelaki terbabit bersetuju menjual telefon bimbit Nokia N97 dengan harga RM600 manakala model N95 dengan harga RM250.

“Saya yang tertarik harga ditawarkan itu bersetuju membeli dua N97 dan dan dua N95 dengan membayar tunai RM1,700,” katanya.

Menurutnya, dia berniat membeli empat telefon berkenaan untuk dihadiahkan kepada isteri dan ibu mentuanya.

“Lebih meyakinkan apabila selepas dibelek berulang kali, telefon bimbit terbabit mempunyai aplikasi dan paparan tidak ubah seperti telefon asli hingga menyebabkan saya sukar membezakan antara produk palsu dan tulen.

“Namun, selepas selesai membuat pembelian, saya singgah di sebuah kedai telekomunikasi di sebuah pasar raya besar di Gombak untuk memeriksa telefon itu,” katanya.

Nizam berkata, dia bagaimanapun terkejut apabila dimaklumkan pekerja kedai berkenaan empat telefon yang dibelinya itu tiruan dan mudah rosak.

“Malah telefon bimbit ‘tipu’ berkenaan tidak berfungsi seperti didakwa apabila aplikasi kamera, ‘bluetooth’ dan perisian lain termasuk WiFi tidak wujud,” katanyaenurutnya, dia yang berang berusaha menjejaki suspek, namun lelaki terbabit tiada di stesen minyak berkenaan.

“Dengan bantuan rakan saya merancang untuk memerangkap suspek dengan menghubungi telefon bimbitnya seolah-olah mahu membuat lebih banyak tempahan telefon palsu itu.

“Selepas beberapa hari mencuba, suspek membalas SMS saya dan bersetuju menjual telefon bimbit BlackBerry dan Nokia N97 dengan harga beberapa ratus saja,” katanya.

Nizam berkata, selepas rancangan diatur, dia bersama beberapa rakan berjumpa suspek di stesen minyak Petronas berhampiran Plaza Tol Gombak kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

“Sebaik melihat kelibat suspek, kami menangkapnya sebelum memaksa pemuda terbabit mendedahkan kegiatan dilakukan. Dia mengaku bekerja untuk seorang lelaki Sabah yang membekalkan telefon palsu terbabit.

“Suspek berasal dari Kelantan dan dikenali sebagai Raja itu mendakwa menerima upah lumayan bagi setiap telefon bimbit yang dijual kepada mangsa. Berikutan itu kami memaksanya memulangkan semula wang ditipu sebanyak RM1,700 jika tidak mahu diheret ke balai polis,” katanya yang sempat merakam wajah suspek yang menipunya.

"Menurutnya, pemuda terbabit yang didesak menghubungi ‘bos’ yang melindunginya bagi meminta wang terbabit dihantar segera.

“Tidak sampai 15 minit kemudian seorang lelaki muncul membawa sampul kertas berisi wang sebelum menyerahkannya kepada kami. Sejurus itu kedua-dua lelaki terbabit meninggalkan lokasi.

“Mereka menyasar mangsa di kalangan pemandu kereta terutama yang berhenti mengisi minyak. Mereka sentiasa berpindah bagi mengelak jejak mereka dikesan,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Perlu dihebahkan kepada orang ramai, supaya pengguna tidak ditipu. Banyak penipuan model begini, yang bukan sahaja HP. Kementerian bertanggung jawab teruskan pemantauan, supaya anda tidak termasuk mangsanya. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails