Monday, April 26, 2010

Kampung Khas, Penduduknya Kena Berbogel Di Eropah

Salah satu kampung khusus kaum Hippies dimana semua penduduknya   diharuskan telanjang
Quantcast
Kampung khas penduduknya kena bertelanjang..

DITENGAH krisis ekonomi melanda Eropah, dimana sektor properti salah satu sektor paling terkena imbas dari badai krisis hingga kini, namun ada hal yang mengejutkan orang ramai. Apa dia? Rupanya ada segmen properti yang menunjukan pertumbuhan naik luar biasa melonjak. Itulah segmen perumahan khas bagi komuniti masyarakat telanjang atau lebih dikenal dengan kaum nudies (Hippie).

The Mediterranean town Le Cap d’Agde adalah salah satu tempat di daerah selatan Perancis dimana komuniti Hippie ini berada, jumlahnya kini semakin meningkat pesat. Pelik sungguh. Mungkin jiwa mereka berubah, kerana nak buat apa yang orang lain tak buat. Kebanyakan mereka adalah orang tua yang hidup menyendiri (Single Parent), sudah berumur.

Mereka mengatakan ingin kembali pada alam dimana segalanya serba natural hingga seolah-olah haiwan, kerana tak pakai pakaian lagi. Tarzan atau orang asli pun ada rasa malu, tutup juga sikit-sikit, walaupun pakai kulit kayu.

Harga rumah di sana paling murah sekitar 90 ribu Euro lebih bahkan menurut Xinhua, mencapai hingga 140 ribu Euro. Lingkungan Real Estate para Hippies ini berbeza dengan perumahan umumnya dimana banyak tumbuh-tumbuhan seperti di kampung dan hutan. Jelas d isana tidak ada orang masuk yang memakai pakaian. Selain tempat tinggal permanen, beberapa flat di sana juga disewakan untuk pengunjung yang datang. Sejak dari Mei hingga September tahun lalu sahaja sudah ada 4,000 orang pelancong berkunjung kesana dengan tarif sekitar 140 Euro bagi Flat permalam.

Naik takut kita, bila Seorang Ulama Kanan Iran, Hojatoleslam Kazem Sedighi, dilaporkan membuat kenyataan bahawa kejadian gempabumi di Iran adalah disebabkan ramai wanita yang berpakaian tidak sopan dan mendedahkan aurat mereka di khalayak ramai. Iran yang terkenal dengan pakaian menutup aurat pun masih berjaga-jaga, apalagi seperti di sini. Atau seperti di Malaysia, yang berpakaian tetapi bertelanjang? (MA)

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails