Saturday, April 17, 2010

Model Mengadu Diraba, Apa Kena Mengena Hulu S'ngor?

Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Amerika Syarikat (AS) semalam menunjukkan dua model sedang berbogel di Muzium Seni Moden, Manhattan.

APRIL 17, 10. Model mengadu diraba pengunjung

MANHATTAN - Beberapa model pameran The Artist is Present karya artis Marina Abramovic yang berlangsung di Muzium Seni Moden (MoMA) di sini mengadu telah diraba oleh para pengunjung, lapor akhbar New York Post semalam.

Pameran itu menampilkan lapan orang lelaki dan wanita yang berbogel atau hampir berbogel berdiri dalam pelbagai aksi di ruang galeri tingkat enam muzium berkenaan.

"Kami sedia maklum dengan cabaran yang terpaksa dihadapi ekoran terdapat model yang berbogel di galeri pameran ini.

Pengunjung-pengunjung yang menyentuh atau mengganggu model akan diiringi keluar oleh pihak keselamatan MoMA," kata seorang jurucakap muzium itu.

Pihak muzium itu telah membatalkan keahlian seorang lelaki setelah dia didapati meraba seorang model tersebut.

Sekumpulan pengunjung yang tidak dinyatakan jumlahnya telah dihalau keluar dari muzium itu kerana meraba model-model itu.

Namun, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat ekoran perbuatan meraba model berkenaan.

Pameran itu bermula pada 14 Mac lalu dan berlangsung sehingga 31 Mei depan. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Lihat betapa susahnya mengawal seekor kucing supaya jangan memakan ikan yang diletakkan di hujung hidungnya. Berbeda dengan Islam, apabila melarang sesuatu, maka sesuatu yang dekat dengan larangan tersebut awal-awal lagi dicegahnya. Contohnya, Islam tidak mahu 'zina' terterap di tengah masyarakat yang merosak sistem kekeluargaan.

Yang awal-awal dikawal ialah 'jangan dekati zina'. Iaitu jangan melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada zina. Misalnya, pergaulan bebas dalam sistem pembelanjaran dan persekolahan, media penerangan penuh maksiat, dasar parti yang tidak berdasarkan agama dan lain-lain. Bila hal-hal seperti ini diabaikan, maka jadilah seperti yang ada sekarang, muda-mudi rosak akhlak, masalah sosial remaja yang kesannya seperti kes buang bayi, sekarang.

Bukan lagi buang bayi, buang ibubapa tua di tempat-tempat per'sampah'an pun berlaku. Dalam pentadbiran negara, timbul masalah rasuah. Bagaimana nak selesaikan, taarif rasuah pun tidak ditaarif sebaiknya, seperti kehendak agama. Kerana fahaman partinya pun tidak berdasarkan agama. Tidak kira samada dalam parti kerajaan (BN) atau pembangkang (PR).

Dalam bidang ekonomi, macam-macam sebut nak Islam. Apa susah? Islamkan Bank Negara, maka semua institut ekonomi dalam negara jadi Islam. Berbalik kepada perkara di atas, bukan masalah raba, tetapi masalah dasar negara yang 'tidak agamik' atau moralis. Kalau Malaysia tidak mahu berjangkit virus itu, kembalilah kepada negara berdasarkan agama. Wallahu 'aklam.

Hulu Selangor: Undilah grup PAS (Parti Islam)! Undilah PKR!

4 comments:

Kuda Perang said...

Takbir!!!
Allahu akbar!!!

Takbir!!!
Allahu akbar!!!

Takbir!!!
Allahu akbar!!!

lumrah arah said...

wow ada PRK hulu selangor,,nak pkr,bn or bebas? muskil..tapi selangor ada banyak rumah urut....bole urut macam2 best ape?dun meru, klang ada setia alam tapi dlm pbt MBSA.Ada 2 rumah urut fresh tau. DUN MERU dlm gengaman PAS, rumah urut didahulukan, rakyat kene urut....macam tuu kaa..?

ahmed said...

Beberapa model pameran The Artist is Present karya artis Marina Abramovic yang berlangsung di Muzium Seni Moden (MoMA) di sini mengadu telah diraba oleh para pengunjung, lapor akhbar New York Post semalam.

Pameran itu menampilkan lapan orang lelaki dan wanita yang berbogel atau hampir berbogel berdiri dalam pelbagai aksi di ruang galeri tingkat enam muzium berkenaan.

zaid said...

Lihat betapa susahnya mengawal seekor kucing supaya jangan memakan ikan yang diletakkan di hujung hidungnya. Berbeda dengan Islam, apabila melarang sesuatu, maka sesuatu yang dekat dengan larangan tersebut awal-awal lagi dicegahnya. Contohnya, Islam tidak mahu 'zina' terterap di tengah masyarakat yang merosak sistem kekeluargaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails