Monday, April 12, 2010

2 Ajen Israel Di Bukit Aman. Siasat, Tapi.. -Lim Kit Siang

KL. APR 12, 10: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang akan mengemukakan usul menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat esok bagi membincangkan isu kemasukan ejen perisikan Israel di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.


Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini beliau berkata, notis kepada Yang Di Pertua Speaker akan dihantar Selasa, 13 April mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (2). Kemasukan dua ejen perisik Israel di Bukit Aman menurutnya adalah perkara serius, berkepentingan umum dan perlu disegerakan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu memberitahu, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Dua agen risikan Israel itu berada di tingkat tiga dan empat Bukit Aman. Ekoran itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien mengumumkan empat langkah akan diambil untuk menyiasat dakwaan Ketua Pembangkang itu.

Bagaimanapun Kit Siang berkata, dakwaan tersebut perlu disiasat tetapi bukan melalui empat badan yang pernah dipertikai integritinya sebelum ini. Sehubungan itu beliau yang juga penasihat DAP akan mengemukakan usul meminta kerajaan membentuk Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat tuduhan tersebut. (AK)

2 comments:

Anonymous said...

Begitulah betapa BODOHNYA pemimpin politik negara kita...sampai agen Israel pun boleh masuk.

Mana polis?
Mana perisik tentera?
Mana Raja2?

Masalah2 yg pelik2 akan terus berlaku bila orang politik BN/UMNO kita terus pilih untuk memerintah Malaysia...

Kalau kita, sudah tentu akan di ISA kan...dgn berbagai hujah dari profesor kangkong...

Tapi mereka buat dlm keadaan mereka memerintah, semua tersimpan di bawah permaidani tebal...Profesor kangkong pun buat tak kisah.

Siapa sebenarnya sayang negara? BN atau PR?

Anonymous said...

Rakyat yakinm 2 Ajen Israel Di Bukit Aman TIDAK AKAN DISIASAT KERANA Bukit Aman akan kena bomb.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails