Saturday, April 17, 2010

Selebriti 'lucah' Tak Boleh Jadi Calon Politik

Julia Perez
Julia Perez mencetuskan kekecohan apabila berhasrat dipilih menjadi ketua daerah di Pacitan, Jawa Timur.

APRIL 17, 10 -JAKARTA: Indonesia dianggap cuba menghalang selebriti tertentu menjadi calon pilihan raya apabila Kementerian Dalam Negeri menambah kriteria kelayakan iaitu menetapkan seseorang itu mesti memiliki rekod peribadi yang bersih.

“Undang-Undang Pentadbiran Serantau 2004 mensyaratkan pemimpin wilayah perlu memiliki standard moral yang baik,” kata Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi di kompleks Istana Presiden, semalam.

"Jika mereka terbukti terbabit dalam zina, mereka akan dilarang bertanding dalam pilihan raya."

Mengikut undang-undang terkini, ada 16 syarat perlu dipenuhi bagi seseorang individu untuk bertanding, termasuk memiliki diploma sekolah tinggi, tidak pernah dipenjarakan atas hukuman jenayah melebihi penjara lima tahun dan berusia sekurang-kurangnya 30 tahun.

Langkah itu ketika ada selebriti termasuk yang dianggap ‘beraksi lucah’ termasuk Julia Perez, yang mengakui ada sedikit pengalaman politik tetapi merebut jawatan dalam 224 kerusi pihak berkuasa serantau dan perbandaran.

“Kami akan tambah satu lagi syarat kepada calon iaitu memiliki cukup pengalaman dalam kerajaan atau organisasi awam,” kata Gamawan.

“Ia bagi mengelak calon yang tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana untuk mengetuai satu rantau tiba-tiba menjadi ketua daerah hanya kerana populariti mereka.”
Gamawan, bagaimanapun menafikan cadangan syarat baru itu dicetuskan oleh selebriti yang mengumumkan hasrat bertanding dalam pilihan raya tahun ini.

Syarat baru itu akan ditambah kepada kajian semula Undang-Undang Pentadbiran Serantau 2004 kini dirangka kerajaan. Ia akan diserah kepada Parlimen tidak lama lagi.

Julia mencetuskan kekecohan apabila berhasrat dipilih menjadi ketua daerah di Pacitan, Jawa Timur.

Pacitan adalah kampung asal Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang terkenal dengan pandangan konservatif mengenai isu seksual. – Agensi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails