Saturday, September 27, 2014

Dr Halimah: Exco Baru S'gor Tak Berdasar 'Semangat Pakatan'



Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor tidak dilakukan mengikut "semangat Pakatan", dakwa ADUN PAS Selat Klang, Halimah Ali.

"...Itu bermakna nama-nama (dalam barisan exco)... tidak ada semangat Pakatan, itu pemahamannya," kata bekas ahli exco negeri itu, yang digugurkan daripada senarai exco baru Menteri Besar Azmin Ali.

Ditanya mengenai barisan exco baru itu, respon awal beliau adalah, "Apa lagi yang saya boleh komen?

Beliau yang juga bekas exco negeri berkata demikian sewaktu diminta mengulas senarai exco baru yang menyaksikan hanya tiga wakil rakyat PAS dilantik berbanding empat orang sebelum ini. Pentadbiran Selangor menyaksikan PKR kini mempunyai empat orang exco, DAP kekal dengan tiga orang sementara PAS pula dengan tiga orang sahaja.

Sebelum itu, Halimah secara ringkas turut mengucapkan selamat maju jaya kepada exco-exco yang baru dilantik.

"Selamat maju jaya. Tunaikan tanggungjawab anda," katanya.

Halimah yang ditemui wartawan selepas menghadiri taklimat ringkas pembinaan jambatan ketiga Klang, tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang beliau rasakan masalah dengan barisan baru itu dari segi semangat gabungan itu.

Ketika ditemui di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kemudian, Azmin menolak kenyataan itu Halimah dengan berkata pemimpin PAS telah bersetuju dengan barisan barisan baru Exco itu.

"Saya secara peribadi telah berkomunikasi dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang;,Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dan mereka telah bersetuju," katanya. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails