Monday, September 22, 2014

Ini MB S'gor? Dah Dipanggil Sultan..


Dr. Ahmad Yunus Hairi

KUALA LANGAT - Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang merupakan antara nama disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu mengesahkan beliau ada menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Menurut Ahmad Yunus, pertemuan itu berlangsung kurang daripada sejam. Beliau berkata, pertemuan itu diadakan sebelum beliau menghadiri Muktamar Tahunan Pas Ke-60 di Johor dan enggan mengulas mengenai intipati perjumpaan tersebut.

"Perkara itu harus diajukan kepada Sultan Selangor" katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kejuaraan Antarabangsa Paragliding Jugra 2014 di Jugra di sini semalam. (Kosmo!)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

6 comments:

Anonymous said...

Sekiranya ini benar siapa yg bersikap munafik. Bila berjanji ia mungkir. Bila bercakap dia bohong.

maae said...

Munafik itu manusia yang menghancurkan Islam dari dalam. Dalam jemaah, golongan ini begitu alim, di luar dengan kumpulan sebenar mereka ia lah jembalang syaitan !

Kena jelas tentang terma ini. Memang di sebut ciri-ciri orang munafik. Jika berbohong untuk kebaikan demi bala lebih besar bakal menimpa, apa hukum nya ? Tanya lah Tok Guru Abrar anda...

Unknown said...

Akan jd pembubaran DUN.Cuba fikir kembali MB adalah dari parti majoriti.Adakah PAS majoriti.

PR belum berdaftar d ROS walau secara ta rasmi bersama.Jadi kalau PKR dan DAP ta setuju macam mana?

Unknown said...

Sultan ta bodoh, pasti Azmin.Kecuali klau memang Baginda cenderung bubar DUN

Deramae Lleh said...

Dengang sebab Langkah Kajang pak Syeikh yg songsang,sepak terajang sesama pejuang bertaburan lintang pukang..punah ranah, bernanah.

Anonymous said...

Baguslah tu. Pas harus diberi peluang utk mentakbir selangor. Sokongan akan diperolehi selepas lantikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails