Saturday, September 27, 2014

Ahli Majilis P/Pinang Dipecat Selepas Ucapan Di Muktamar PAS


Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan selepas mengkritik projek pembangunan di negeri itu. – Gambar The Malaysian Insider, 27 September, 2014. Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan selepas mengkritik projek pembangunan di negeri itu. – Gambar The Malaysian Insider, 27 September, 2014. Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di negeri itu berikutan ucapan kritikal beliau pada Muktamar PAS minggu lepas.

Iszuree, Ketua Whip Majlis Perbandaran Pulau Pinang semalam menerima surat yang ditandatangani oleh setiausaha MPPP Ang Aing Thye yang berkata, exco kerajaan negeri memutuskan Khamis lepas dia diketepikan daripada semua jawatankuasa dan membekukan semua peruntukan untuk beliau daripada majlis itu.

Langkah itu segera dikritik oleh Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyifatkan tindakan itu sebagai pendendam walaupun ia satu kritikan membina daripada Iszuree.

Iszuree pula dalam Facebook pagi ini menulis: "Kebebasan bersuara mati di Pulau Pinang. Apa gunanya Speaker Corners di Padang Kota? Peraturan Muo Tze Tong (sic) ... penuh dengan iri hati dan dendam."

Iszuree pada 19 September lalu semasa berucap sebagai perwakilan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat berucap mengenai mengenai pengusiran penduduk tradisional untuk memberi laluan kepada projek-projek pembangunan baru di negeri ini.

Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat kini lebih mesra dengan pemaju daripada dalam mendengar suara rakyat.

Beliau ditegur oleh rakan-rakannya dalam majlis perbandaran daripada DAP dan PKR yang berkata, kerajaan negeri mempunyai dasar untuk meluluskan sesuatu projek pembangunan yang diduduki oleh setinggan, tambahan lagi ada usaha untuk membina lebih banyak rumah mampu milik. – 27 September, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails