Sunday, September 21, 2014

Pelahap Jawatan MB, Broker, Barua, Mana Etika Tahaluf Siyasi? -A/Hadi

abdul hadi laporan itu tidak benar presiden pas abdul hadi awang ...

BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak 'pelahap' dengan jawatan Menteri Besar Selangor.

Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar PAS Pusat kali ke-60 di Parit Raja, petang ini. Katanya, walaupun PAS memenangi 15 kerusi Dun di Selangor pada PRU13 yang lalu tetapi tidak menuntut jawatan Menteri Besar.

"Walaupun undang-undang tubuh negeri Selangor menyatakan Menteri Besar Selangor mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam," katanya.

Pada PRU13 lalu, DAP juga mendapat 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14 kerusi.
Justeru, beliau mempersoalkan adakah 'membeli' dua Adun merupakan etika dalam tahaluf siyasi.

"Jangan jadi broker dan barua!" tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Ini kerana, katanya setiap wakil rakyat PAS mengadakan baiah (ikrar setia).

"Mana lebih besar aku janji dengan baiah?" tanya beliau dengan tegas. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

4 comments:

Anonymous said...

sesi ucapan penggulungan tn presiden pd muktamar pas ke-60 di batu pahat petang tadi terpancar seperti pas - dalam kemelut mb selangor seolah diperbudakkan oleh rakan pakatan - pkr/dap.. kita sebagai rakyat bukan sekadar mendengar, melihat , memerhati malah mengkaji kronologi dalam isu mb selangor sehingga kini .. dan kebenaran nampaknya tidak di pihak pas (tn presiden).. terlalu banyak kesilapan/tiada keputusan mutlak/tidak ada kesetiakawan/statement tunggang-langgang/kejap begini kejap begitu/ada agenda trsembunyi .. apa ni tn presiden.. macam2 perkara yg melucukan terserlah.. gagal-gagal-gagal ..

Anonymous said...

Hari tu cakap tak sokong DSWA bukan sebab alasan agama,hari ini cakap pasal agama melarang pulak blaa blaa blaa.kalau dah tak serasi duduk sebumbung eloklah lepas talak 3 je....kita tengok lepas ni siapa yang gila talak....nak cina buta pun boleh asalkan.......

Anonymous said...

Anwar kau memang dayus...orang sana dah cabar kau lepas talak masih nak sayang lagi...orang pkr semua bodoh...kuda kayu...puih...

Anonymous said...

Bagi saya,
1) Kemelut MB Selangor disebabkan oleh PKR

2) kemelut dalam PAS bukan disebabkan Presiden. Kemelut dlam PAS disebabkan oleh anak-anak buah yang nak sangat ikut telunjuk PKR dan DAP.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails