Saturday, September 27, 2014

PAS Belum Putuskan Calon Jawatan T/Speaker DUN S'gor



Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan calon jawatan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2014.  
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan calon jawatan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2014. 

PAS Selangor belum lagi memutuskan dalam kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang akan menjawat jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata keputusan hanya akan dibuat setelah perbincangan dengan semua pihak berkaitan dilakukan.

"Kami akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan perkara ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Undian dan Tawaran Rumah Selangorku hari ini.

Kerusi timbalan speaker DUN kosong berikutan penyandangnya, Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Perkara berkenaan diumumkan oleh menteri besar Selangor baru, Mohamed Azmin Ali dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri semalam. – Bernama, 27 September, 2014.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails