Wednesday, September 24, 2014

Jaga! 'Pengkalan Kubor Kito' Tipu. Ada Berita Muktamar..


Pengkalan Kubor Kito yang diterbit PAS Kelantan.

TUMPAT: Jentera pilihan raya PAS mengesan risalah kempen palsu dengan menceduk “masshead” akhbar kempen milik Perhubungan PAS Kelantan iaitu Pengkalan Kubor Kito.

Risalah itu difahamkan diedar di muktamar PAS di Johor baru-baru ini sehingga mengelirukan ramai perwakilan. Risalah tersebut antara lain memuatkan tajuk “Kaji Semula Tahaluf Siyasi” dan “Krisis Selangor Bukan Masalah” yang membuatkan berita-berita sekitar muktamar.

Sedangkan akhbar Pengkalan Kubor Kito hanya memuatkan isu-isu tempatan sejak edisi pertama sehingga keluaran terakhir hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim berkata, ada pihak tidak bertanggungjawab mencetak risalah Pengkalan Kubor Kito palsu menyerupai akhbar kempen diterbit Perhubungan PAS Kelantan.

“Tindakan itu menggambarkan Umno sangat terdesak sekarang. Tujuan mereka bagi  mengelirukan orang ramai terutamanya pengundi di saat menjelang hari mengundi  esok.
“Secara jelas risalah tersebut palsu kerana akhbar kempen kita langsung tidak memuatkan isu sekitar muktamar PAS yang berlangsung di Johor baru-baru ini,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap orang ramai tidak keliru dengan taktik jahat pihak lawan yang benar-benar terdesak setelah mereka melihat perubahan sikap pengundi Pengkalan Kubor.  – HARAKAHDAILY 24/9/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails